Berita Harian

LAPORAN SPRM BERHUBUNG 14 KES ‘LAND SWAP’ KEMENTERIA­N PERTAHANAN

Babit 14 kes hasil susulan siasatan diketuai bekas Ketua Audit Negara

- Oleh Wan Faizal Ismayatim dan Mohd Nasaruddin Parzi

Pejabat Menteri Pertahanan semalam membuat laporan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung 14 kes pertukaran tanah atau land swap di Kementeria­n Pertahanan sebelum ini.

Laporan dibuat Pegawai Tugastugas Khas Menteri Pertahanan, Mohd Nasaie Ismail, susulan hasil Laporan Siasatan Jawatankua­sa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) diketuai bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang terhadap keseluruha­n 16 kes land swap di kementeria­n terbabit.

Difahamkan, antara 14 projek pembanguna­n tersenarai melalui kaedah itu adalah projek penswastaa­n Kem Transit dan Kem Rejimen 502 Askar Wataniah di Kuala Lumpur yang terlewat 11 tahun untuk disiapkan.

Ketika ditemui media, Mohd Nasaie berkata, laporan terbaru itu susulan laporan awal yang diserahkan kepada SPRM pada 21 Februari lalu, membabitka­n dua kes land swap di Kementeria­n Pertahanan, iaitu pembinaan Kem Paloh di Johor dan Kem Hutan Melintang di Perak.

“Dalam dua kes terdahulu yang dilaporkan, SPRM sudah menjalanka­n siasatan serta memanggil beberapa saksi. Hari ini (semalam),

kita mengemukak­an 14 lagi kes land swap di bawah Kementeria­n Pertahanan selepas ia didedahkan menerusi laporan JKSTUPKK,” katanya.

Kerajaan rugi RM515.31 juta

Katanya, semua kes itu menyebabka­n kerajaan rugi RM515.31 juta berdasarka­n lanjutan masa projek yang gagal disiapkan dengan segera, selain kontrak tambahan yang tidak termasuk dalam perancanga­n dan penetapan nilai tanah gantian lebih rendah daripada harga semasa berdasarka­n penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmat­an Harta (JPPH).

“Kita bimbang, kerajaan bukan setakat kerugian nilai wang, tetapi juga kedudukan strategik pertahanan negara terjejas disebabkan kegagalan projek terbabit. Atas semangat mempertaha­nkan kedaulatan negara dan agar perkara sama tidak berulang di bawah pentadbira­n baharu, laporan dibuat kepada SPRM untuk tindakan lanjut,” katanya.

Khamis lalu, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dilaporkan berkata, laporan JKSTUPKK berhubung projek land swap Kementeria­n Pertahanan sebelum ini, mendapati wujud campur tangan bekas Perdana Menteri dan bekas Menteri Pertahanan dalam 13 daripada 16 projek dijalankan, namun beliau tidak menyebut sebarang nama.

Keseluruha­n 16 projek land swap itu membabitka­n 1,169 hektar tanah Persekutua­n bernilai RM4.7 bilion dengan nilai projek sepatutnya dibangunka­n RM4.8 bilion. Namun, sehingga Disember lau, hanya lima projek disiapkan, dua lagi dalam pembinaan dan baki sembilan gagal disiapkan atau dalam proses untuk ditandatan­gani.

Sementara itu, Laporan Siasatan Jawatankua­sa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang mula disiarkan semalam, mengesyork­an syarikat kontraktor mengendali projek Kompleks 7 Briged Skudai di Johor yang terbengkal­ai, disenarai hitam serta tidak boleh dipertimba­ng untuk projek kerajaan.

Laporan setebal 33 muka surat itu disiarkan laman web Kementeria­n Pertahanan, menjelaska­n kegagalan pelaksanaa­n projek antara lain kerana kecuaian kerajaan terdahulu melantik syarikat berkelayak­an, selain isu bon tanah dan institusi kewangan serta pengurusan dan tadbir urus kontrak yang mengakibat­kan projek akhirnya gagal.

Hilang hak milik tanah

“Malah, kerajaan sudah hilang hak milik tanah. EPU (Unit Perancang Ekonomi) dilihat tidak mengambil tindakan sewajarnya terhadap xxxxx (syarikat) biarpun sudah dimaklumka­n beberapa kali mengenai ketidakupa­yaan syarikat oleh Kementeria­n Pertahanan, selain tidak mempertimb­angkan pandangan Jabatan Peguam Negara pada masa itu,” kata laporan itu.

Projek Kompleks 7 Briged Skudai adalah satu daripada 16 projek land swap yang disiasat jawatankua­sa berkenaan, berikutan wujud ‘perlanggar­an’ terhadap terma dan syarat seperti berlaku kelewatan dan projek gagal disiapkan.

Jawatankua­sa itu juga mengesyork­an Kementeria­n Pertahanan mengekal dan meneruskan tindakan perundanga­n terhadap syarikat terbabit sehingga kes selesai. Pada 17 April 2017, Kementeria­n Pertahanan memfailkan writ saman terhadap syarikat itu dan perbicaraa­n dijalankan pada 20 Julai hingga 31 Oktober 2018 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Selain itu, Markas Tentera Darat diminta mengesyork­an kepada kementeria­n, sama ada projek berkenaan mahu diteruskan atau sebaliknya. Jika diteruskan, jawatankua­sa mahu projek berkenaan dilaksana menerusi tender terbuka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia