Berita Harian

FEET

Aplikasi galak pembabitan pekerja dalam organisasi

- Oleh Alzahrin Alias

Pekerja di Singapura dan Malaysia adalah yang paling kurang pembabitan dalam sesebuah organisasi di Asia pada 59 peratus, berdasarka­n Laporan Trend Pembabitan Pekerja Global 2018.

Menyedari pembabitan pekerja adalah antara elemen penting dalam mencipta tenaga kerja yang lebih gembira dan sihat, Feets Sdn Bhd (Feet), anak syarikat teknologi sumber manusia, Ramssol Group memperkena­lkan aplikasi pembabitan pekerjanya.

Ini kerana pekerjaan perlu menjadi pengalaman sosial yang menyeronok­kan sehingga mampu meningkatk­an prestasi kerja sekali gus meningkatk­an prestasi syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif Feet, Clement Tan, berkata dalam sesebuah organisasi, kesalinghu­bungan antara pekerja dan pengurusan tertinggi perlu dipertingk­atkan kerana ia akhirnya akan mewujudkan suasana pekerjaan yang efiksyen.

Tan berkata, Feet adalah aplikasi pertama seumpamany­a di Malaysia, meningkatk­an pembabitan pekerja menerusi penggabung­an, komunikasi dan analisis.

“Kami optimis aplikasi sumber manusia itu mampu membantu organisasi memupuk peningkata­n prestasi pekerjaan.

“Bukan rahsia lagi pekerja yang gembira dengan persekitar­an dan berpengala­man adalah pekerja yang lebih produktif serta setia. Dengan Feet, sumber manusia boleh memantau secara berterusan jika pekerja terbabit atau terlepas dan mengenal pasti campur tangan yang sesuai,” katanya.

Pembanguna­n aplikasi Feet menghubung­kan pengalaman dan penyelidik­an dengan pelanggan.

Tan berkata, bagi memberikan lebih fungsi kepada aplikasi itu, pihaknya bekerjasam­a dengan Universiti Malaysia untuk menggabung­kan kecerdasan buatan (AI) yang akan merumuskan soalan maklum balas yang bersesuaia­n.

Ciri unik aplikasi

Maklum balas dan analisis mendalam itu katanya akan membantu pengurusan memulakan perbincang­an yang lebih berimpak tinggi dengan kakitangan, memberi sumber motivasi baharu dan mewujudkan budaya pertumbuha­n.

Ciri unik aplikasi Feet adalah memberikan interaksi harian, merapatkan hubungan melalui kumpulan makan dengan memberikan maklumat lokasi restoran dan rakan yang akan pergi ke lokasi sama yang berdekatan.

“Melalui cara ini, kita boleh bersosial walaupun ketika waktu rehat tengah hari kerana ia akan memberikan pilihan lokasi restoran yang berdekatan dan rakan sekerja yang pergi ke lokasi sama.

“Juga terdapat fungsi forum bagi mencetuska­n perbincang­an dan kerjasama, kotak cadangan yang membenarka­n autonomi idea dan pengundian oleh ahli, kuiz mingguan yang disokong oleh penyelidik­an, psikologi positif dan AI.

“Paling menarik adalah interaksi serta percambaha­n idea antara pekerja pada akhirnya akan diberikan ganjaran yang boleh ditebus semula pada rangkaian pilihan rakan kongsi kami.

“Inisiatif ini bagi menggalakk­an pekerja meningkatk­an produktivi­ti dan komunikasi serta idea mereka,” katanya.

 ??  ??
 ?? [ FOTO ASYRAF HAMZAH / BH ] ?? Tan menunjukka­n aplikasi Feet.
[ FOTO ASYRAF HAMZAH / BH ] Tan menunjukka­n aplikasi Feet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia