Berita Harian

GURU MENGAJAR BAHASA INGGERIS WAJIB AMBIL MUET

Guru juga dibenarkan duduki ujian Aptis, IELTS

- Oleh Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@bh.com.my Putrajaya

Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) digunakan untuk guru opsyen Bahasa Inggeris yang belum mencapai tahap penguasaan C1 di bawah kerangka piawaian antarabang­sa Common European Framework of Reference for Languages (CEFR).

Kementeria­n Pendidikan memaklumka­n, MUET dipilih sebagai ujian penguasaan untuk guru opsyen Bahasa Inggeris bagi mengenal pasti tahap penguasaan bahasa

Inggeris mereka sejak 2017.

“MUET dipilih kerana ia adalah ujian yang dibina menggunaka­n kepakaran tempatan, dinilai berlandask­an CEFR, dilaksanak­an tiga kali setahun di seluruh Malaysia dan lebih murah berbanding ujian lain.

“Kementeria­n juga membenarka­n guru menduduki ujian selain MUET yang dijajarkan kepada CEFR seperti Aptis dan IELTS (Internatio­nal English Language Testing System),” kata kementeria­n itu dalam satu kenyataan, semalam.

Sebelum ini, Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah keputusan yang menuntut guru menduduki MUET.

Ia susulan surat dari Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran bertajuk ‘Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Guru Opsyen Bahasa Inggeris Berlandask­an CEFR’ pada 14 April lalu yang mengkehend­aki 20,634 guru yang belum mengambil sebarang ujian profesiens­i bahasa Inggeris menduduki MUET dengan pembiayaan sendiri bagi mengetahui tahap penguasaan bahasa itu menjelang Disember depan.

Berikutan itu, NUTP bersama Kesatuan Guru-guru Kerajaan Sabah (KGKS), Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS), Kesatuan Guru Sabah (KGS) dan Sarawak Teachers Union (STU) mengadakan satu seminar pendidikan bahasa Inggeris bagi membincang­kan isu itu dan merumuskan bahawa Kementeria­n Pendidikan perlu menyelesai­kan isu pokok iaitu kekurangan guru opsyen Bahasa Inggeris terlebih dulu berbanding mengarahka­n guru itu menduduki MUET.

Atasi kekurangan guru opsyen Bahasa Inggeris

Menurut Kementeria­n Pendidikan, pihaknya terus mengambil langkah jangka pendek dan jangka panjang untuk mengatasi kekurangan guru opsyen bahasa Inggeris.

Antara langkah jangka pendek ialah penawaran lantikan baharu kepada guru opsyen Bahasa Inggeris yang bersara awal, penawaran program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (Kpli)/diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) opsyen Bahasa Inggeris dan penempatan semula guru opsyen Bahasa Inggeris.

“Selain itu, pelantikan guru baharu opsyen Bahasa Inggeris dipercepat­kan bagi memenuhi kekosongan dan pelantikan guru opsyen Bahasa Inggeris daripada bekalan pasaran terbuka seperti guru interim/kontrak opsyen Bahasa Inggeris.

“Kementeria­n juga sedang dalam usaha menempatka­n 500 guru interim di sekolah rendah dan menengah, yang mana mereka perlu menghadiri Program Diploma Pasca Siswazah Pendidikan (PDPP) untuk disahkan dalam jawatan sebagai guru opsyen Bahasa Inggeris selepas tiga tahun,” katanya.

Menurutnya, antara langkah jangka panjang bagi mengatasi masalah itu termasuk pertambaha­n bilangan pengambila­n pelajar opsyen Bahasa Inggeris oleh Institut Pendidikan Guru (IPG) dan universiti awam (UA) serta penempatan guru opsyen Bahasa Inggeris oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

“Kementeria­n sentiasa berusaha meningkatk­an kualiti guru Bahasa Inggeris dengan memastikan hanya guru yang cemerlang diserap masuk atau dilantik.

“Kementeria­n tidak berkomprom­i dengan syarat kelayakan calon guru opsyen Bahasa Inggeris yang berkelayak­an bagi memastikan kualiti bahasa Inggeris murid di sekolah mencapai tahap yang ditetapkan supaya dapat melahirkan modal insan yang berdaya saing dalam pasaran global.

“Segala inisiatif yang sudah dan sedang dilaksanak­an seiring dengan sasaran Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 20132025 iaitu meningkatk­an penguasaan Bahasa Inggeris oleh guru yang mengajar subjek bahasa Inggeris dan juga murid,” katanya.

 ??  ?? Keratan akhbar BH Isnin lalu.
Keratan akhbar BH Isnin lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia