Berita Harian

FIRMA AUDIT DELOITTE DISERBU

Deloitte Malaysia diserbu selepas dapat petunjuk baharu lokasi Jho Low

- Oleh Nor Azizah Mokhtar

Polis merampas fail dan dokumen dipercayai ada kaitan dengan penyelewen­gan berbilion ringgit dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dalam serbuan di pejabat Deloitte Malaysia di Kuala Lumpur, semalam

Polis merampas pelbagai dokumen dipercayai ada kaitan dengan siasatan penyelewen­gan dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dalam serbuan ke atas firma audit ternama, Deloitte Malaysia, semalam.

Serbuan di firma yang terletak di Bangunan LGB, Taman Tun Dr Ismail, di sini, dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, kira-kira jam 10.45 pagi.

Selepas lebih tujuh jam serbuan dan pemeriksaa­n dijalankan, lima pegawai dan anggota JSJK dilihat membawa keluar dua troli bersama sembilan kotak dipercayai berisi pelbagai fail dan dokumen berkaitan.

Kotak-kotak itu kemudian dimuatkan ke dalam sebuah van polis yang menunggu di aras P1 bangunan berkenaan sebelum mereka beredar jam 5.55 petang.

Dua buah kotak yang lain terlebih dahulu sudah dimasukkan ke dalam sebuah kereta pegawai penyiasat kira-kira setengah jam sebelum itu.

Pemangku Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi BH mengesahka­n, serbuan itu ada kaitan dengan siasatan 1MDB yang dijalankan pihak polis.

“Pelbagai fail dan dokumen yang dipercayai berkaitan dengan 1MDB diperiksa dan dirampas untuk tujuan siasatan.

“Hanya firma audit ini saja diserbu dan diperiksa hari ini (semalam) dan setakat ini tiada tangkapan,” katanya.

Serbuan itu dilakukan sehari selepas polis mengumumka­n mereka mempunyai petunjuk baharu berhubung lokasi ahli perniagaan yang dikehendak­i pihak berkuasa, Low Taek Jho atau Jho Low.

Ambil sedikit masa

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador kelmarin berkata, ia bagaimanap­un akan mengambil sedikit masa kerana siasatan berhubung Jho Low dan skandal 1MDB masih berjalan.

Deloitte dilaporkan pernah mengaudit penyata kewangan 1MDB bagi 2013 dan 2014 sebelum menarik diri sebagai juruaudit pada awal 2016.

Deloitte adalah juruaudit ketiga untuk 1MDB, selepas syarikat pelaburan negara itu menamatkan khidmat juruaudit terdahulu KPMG dan firma Ernst & Young.

Ia adalah antara empat firma perakaunan antarabang­sa terbesar, termasuk Ernst and Young, KPMG dan Pricewater­housecoope­rs.

 ??  ??
 ?? [FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] ?? Polis merampas dokumen dan fail daripada Deloitte Malaysia siasatan kes penyelewen­gan 1MDB. di Kuala Lumpur, untuk membantu
[FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] Polis merampas dokumen dan fail daripada Deloitte Malaysia siasatan kes penyelewen­gan 1MDB. di Kuala Lumpur, untuk membantu
 ??  ??
 ??  ?? Saiful Azly Kamaruddin
Saiful Azly Kamaruddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia