Berita Harian

Jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah dimakam

Cuaca panas tak halang ribuan rakyat beri penghormat­an terakhir

- Oleh Amin Ridzuan Ishak, Nik Sukry Ramli, Mohd Fairoz Azizan dan Luqman Arif Abdul Karim bhnews@bh.com.my

Suasana sayu menyelubun­gi Makam Diraja Pekan ketika Yang di-pertuan Agong Alsultan Abdullah Ri’ayatudin Almustafa Billah Shah dan adinda baginda Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman masingmasi­ng meletakkan batu nisan di pusara ayahanda berdua.

Jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Almusta'in Billah selamat disemadika­n di Makam Diraja Pekan, di sini pada jam 4.35 petang semalam.

Jenazah Almarhum disemadika­n bersebelah­an pusara isteri baginda Tengku Ampuan Pahang, Tengku Afzan Tengku Muhammad, yang mangkat pada 29 Jun, 1988.

Istiadat pemakaman selesai jam 5.12 petang.

Terdahulu, jenazah Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dibawa dari Balairung Seri Istana Abu Bakar, selepas selesai tempoh diberikan kepada rakyat jelata dan orang kenamaan memberikan penghormat­an terakhir sejak jam 9 malam kelmarin.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah, tiba jam 11.05 pagi untuk memberikan penghormat­an terakhir kepada Almarhum, selain Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Kenderaan khas membawa jenazah bergerak meninggalk­an pekarangan Istana Abu Bakar jam 2.26 petang dan tiba di pekarangan Masjid Sultan Ahmad Shah yang terletak sejauh 2.2 kilometer dari istana, kira-kira sejam kemudian.

Rakyat beri penghormat­an sepanjang laluan

Cuaca panas terik tidak menghalang ribuan rakyat jelata berbaris di kiri kanan jalan untuk memberikan penghormat­an terakhir sepanjang laluan digunakan kenderaan khas jenazah Almarhum Sultan Ahmad Shah.

Sebanyak 88 das tembakan meriam dilepaskan pasukan 41 Rejimen Artileri Diraja (RAD) Sungai Buloh, Selangor sepanjang perjalanan itu dan jumlah berkenaan adalah simbolik kepada usia baginda iaitu 88 tahun.

Solat jenazah diimamkan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman dan disertai ratusan rakyat jelata di masjid itu, sebelum jenazah dibawa ke Makam Diraja Pekan, untuk istiadat pemakaman.

Istiadat pemakaman bermula jam 3.55 petang dengan dihadiri Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom dan semua paduka anakanda Almarhum Sultan Ahmad Shah, termasuk Yang di-pertuan Agong, Alsultan Abdullah Ri’ayatuddin Almustafa Billah Shah.

Antara anakanda Almarhum yang berada di istiadat pemakaman ialah Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman; Tengku Arif Temenggong, Tengku Fahd Mua’adzam; Puteri Seri Lela Wangsa Pahang, Tengku Tan Sri Hajjah Meriam; Puteri Seri Teja Pahang, Tengku Datuk Muhaini; Puteri Seri Lela Manja Pahang, Tengku Datuk Nong Fatimah dan Puteri Seri Bongsu Pahang, Tengku Datuk Shahariah.

 ?? [FOTO BERNAMA] ??
[FOTO BERNAMA]
 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Yang di-pertuan Agong Al-sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-mustafa Billah Shah bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah memberi penghormat­an terakhir kepada Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-musta'in Billah di Balairung Seri Istana Abu Bakar semalam.
[FOTO BERNAMA] Yang di-pertuan Agong Al-sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-mustafa Billah Shah bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah memberi penghormat­an terakhir kepada Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-musta'in Billah di Balairung Seri Istana Abu Bakar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia