Berita Harian

Linangan air mata hiba

Balairung Seri diselubung­i pilu ketika Al-sultan Abdullah tiba menghadap jenazah ayahanda

-

Masa seakan terhenti di Balairung Seri Istana Abu Bakar semalam, apabila Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah, berangkat tiba menaiki penerbanga­n khas dari London.

Kemunculan baginda ditemani anakanda, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, menghentik­an segala perbualan dan bacaan ayat suci al-quran yang ketika itu dialunkan barisan

pelajar maahad tahfiz sekitar Kuantan dan Pekan.

Jadi tumpuan

Puluhan mata tertumpu hanya pada Al-sultan Abdullah tatkala baginda tanpa berlengah menanggalk­an kasut dan menuju ke ruang tengah Balairung Seri yang menempatka­n keranda jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.

Sambil mulut terkumatka­mit membacakan al-fatihah, linangan air mata baginda ketika menatap jenazah ayahanda di hadapan singgahsan­a, cukup mengundang hiba sehingga sesekali kedengaran esakan dalam kalangan tetamu yang memenuhi Balairung Seri.

Ditemani anakanda dan kerabat diraja, Al-sultan Abdullah kemudian menunaikan solat jenazah yang diimamkan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Tatkala bacaan al-fatihah sebagai sedekah kepada Almarhum Paduka Ayahanda dan doa dibacakan Abdul Rahman, Al-sultan Abdullah yang mengenakan persalinan baju Melayu serba putih serta bersongkok hitam dengan lilitan putih, dilihat berterusan menyeka air mata.

Simbol istiadat

Suasana pilu gagal dibendung sehingga seakan menyelubun­gi Balairung Seri Istana Abu Bakar apabila baginda berpelukan dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h dan anakanda, selain dilihat membisikka­n sesuatu kepada kerabat diraja yang berangkat memberikan penghormat­an terakhir.

Sementara menanti istiadat penghormat­an terakhir melabuhkan tirai, Yang di-pertuan Agong kemudian mengambil tempat di kerusi depan singgahsan­a untuk membacakan surah Yasin.

Selesai keberangka­tan tiba Raja-raja Melayu bagi memberikan penghormat­an terakhir kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah, azan berkumanda­ng di segenap penjuru Balairung Seri, menandakan tiba masanya keranda jenazah untuk diusung ke Makam Diraja Pekan.

Menyusun langkah yang kadangkala terhenti seketika, Alsultan Abdullah kemudian meletakkan kedua-dua telapak tangan baginda di atas keranda Almarhum Paduka Ayahanda, simbolik perkenan supaya istiadat pemakaman dijalankan.

Menuruti titah berkenaan, keranda dilitupi bendera dengan jata Negeri Pahang berkenaan diusung keluar meninggalk­an Balairung Seri sehingga dimasukkan ke dalam van jenazah, namun tidak sesaat pun Al-sultan Abdullah berjauhan dari jenazah Almarhum Paduka Ayahanda baginda.

 ?? [FOTO BERNAMA] ??
[FOTO BERNAMA]
 ??  ?? Al-sultan Abdullah menitiskan air mata selepas solat jenazah Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-musta'in Billah di Istana Abu Bakar, Pekan, semalam. Gambar kanan, Al-sultan Abdullah ditenangka­n Tunku Azizah Aminah Maimunah.
Al-sultan Abdullah menitiskan air mata selepas solat jenazah Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-musta'in Billah di Istana Abu Bakar, Pekan, semalam. Gambar kanan, Al-sultan Abdullah ditenangka­n Tunku Azizah Aminah Maimunah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia