Berita Harian

Ribuan rakyat beri penghormat­an terakhir

-

Pekan: Ribuan masyarakat pelbagai kaum menziarah dan memberikan penghormat­an terakhir kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-mustain Billah di Istana Abu Bakar di sini, semalam.

Mereka tiba seawal jam 6 pagi untuk memberikan penghormat­an terakhir kepada Sultan Pahang kelima yang mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 8.50 pagi kelmarin.

Suasana sedih menyelubun­gi Balairung Seri Istana Abu Bakar yang menempatka­n jenazah Sultan Ahmad Shah dengan kesedihan orang ramai terhadap pemergian pemerintah kesayangan rakyat itu.

Orang ramai diberi peluang menziarah dan memberikan penghormat­an terakhir kepada Sultan Ahmad Shah mulai jam 10 malam kelmarin hingga 11 pagi semalam.

88 das tembakan meriam

Selepas jam 11 pagi, orang kenamaan membabitka­n kerabat diraja pula memberikan penghormat­an.

Jenazah Almarhum Sultan Ahmad Shah kemudian disembahya­ngkan di Balairung Seri Istana Abu Bakar sebelum dinaikkan di pedati untuk ditarik sejauh 2.2 kilometer (km) ke Makam Diraja Pekan untuk dimakamkan selepas solat Zohor.

Sebanyak 88 das tembakan dilepaskan di pekarangan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di sini oleh Pasukan 41 Rejimen Artileri Diraja (RAD), Sungai Buloh, Selangor.

Tembakan meriam itu bermula sejurus jenazah diletakkan di atas pedati dan dilepaskan setiap 23 meter pergerakan pedati yang bermula dari Istana Sultan Abu Bakar hingga ke Makam Diraja Pekan.

Jumlah 88 das tembakan itu adalah simbolik kepada usia baginda iaitu 88 tahun.

 ?? [FOTO ZULKEPLI OSMAN /BH] ?? Orang ramai mengiringi jenazah Almarhum Sultan Ahmad Shah menuju ke Masjid Sultan Ahmad Shah dan seterusnya ke Makam Diraja Pekan.
[FOTO ZULKEPLI OSMAN /BH] Orang ramai mengiringi jenazah Almarhum Sultan Ahmad Shah menuju ke Masjid Sultan Ahmad Shah dan seterusnya ke Makam Diraja Pekan.
 ?? [FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG /BH] ?? Pelajar tahfiz dari seluruh negeri Pahang membaca surah yassin di Istana Abu Bakar Pekan, semalam.
[FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG /BH] Pelajar tahfiz dari seluruh negeri Pahang membaca surah yassin di Istana Abu Bakar Pekan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia