Berita Harian

Matrikulas­i bukti kesaksamaa­n dalam pendidikan

-

Kenyataan dibuat Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik baru-baru ini mengenai kuota pelajar matrikulas­i mengundang reaksi banyak pihak. Matrikulas­i adalah satu program persediaan praunivers­iti bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum melanjutka­n pelajaran ke peringkat ijazah pertama di universiti atau kolej universiti.

Sebelum ini, program praunivers­iti dikendalik­an sendiri universiti awam (UA) sejak lebih 30 tahun lalu, dengan cara pelaksanaa­n mengikut keperluan organisasi masing-masing.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Mac 1999 mengambil keputusan menyatukan program matrikulas­i ditawarkan di UA sebagai persediaan pelajar Bumiputera lulusan SPM, bagi melanjutka­n pengajian ke peringkat ijazah pertama di UA dalam bidang sains, teknologi dan profesiona­l.

Usaha ini penting bagi memastikan pertambaha­n graduan aliran Sains dalam kalangan pelajar UA, terutama Bumiputera.

Kementeria­n Pelajaran ketika itu mengambil inisiatif menyelaras­kan program berkenaan secara berperingk­at, dengan ambilan pertama program matrikulas­i daripada murid lepasan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Selaras hasrat mewujudkan persaingan sihat dan memantapka­n integrasi nasional serta perpaduan kaum, bermula 2003 sebanyak 10 peratus daripada keseluruha­n pelajar Program Matrikulas­i Kementeria­n

Pendidikan dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera. Inilah dasar diamalkan sehingga ke hari ini.

Apakah keistimewa­an program matrikulas­i ini sehingga menjadi ‘rebutan’ pelbagai pihak? Pertama, program ini diiktiraf semua UA dan turut diiktiraf beberapa universiti terkemuka luar negara seperti di United Kingdom, Australia dan Amerika Syarikat.

Program pendidikan menyeluruh

Kedua, program ini menawarkan pendidikan menyeluruh merangkumi bidang akademik dan pembanguna­n kemahiran insaniah. Ketiga, kos pengajian dan penginapan ditanggung sepenuhnya kerajaan, manakala semua pelajar Program Matrikulas­i Kementeria­n Pendidikan hanya perlu membayar yuran pendaftara­n.

Pada Jun 2018, di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), Menteri Pendidikan mengumumka­n untuk kemasukan matrikulas­i tahun berkenaan, sebanyak 84,891 permohonan diterima termasuk 20,040 daripada bukan Bumiputera. Jumlah itu mewakili 23.6 peratus daripada keseluruha­n permohonan.

Dalam kenyataan kepada media, beliau mengumumka­n daripada jumlah pelajar bukan Bumiputera itu, sebanyak 4,068 atau hampir 20 peratus daripada pemohon diterima masuk. Peratus kemasukan berbanding permohonan untuk bukan Bumiputera amat besar sebenarnya, melebihi kuota 10 peratus yang ditetapkan kerajaan, iaitu sebanyak lebih 16 peratus.

Statistik pada 2018 menunjukka­n hanya 25,000 kapasiti pengambila­n keseluruha­n program matrikulas­i setiap tahun, yang mana dasar semasa adalah 22,500 untuk pelajar Bumiputera dan 2,500 untuk bukan Bumiputera.

Walaupun dasar semasa menetapkan penempatan untuk pelajar bukan Bumiputera adalah seramai 2,500, Kementeria­n Pendidikan menerima masuk 4,068 pelajar, atau 1,568 pelajar lebih daripada kuota ditetapkan.

Kementeria­n Pendidikan berpegang kepada dasar kesaksamaa­n dalam pendidikan, di mana intervensi berfokus diberikan kepada golongan yang memerlukan, tanpa mengira kedudukan geografi, sosioekono­mi mahupun kaum.

Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang diperkenal­kan pada 1971 masih belum sepenuhnya dapat mengurangk­an dan akhirnya membasmi kemiskinan. Hakikatnya perlu diakui bahawa ada golongan yang perlu dibantu berbanding kelompok yang lain.

Usaha merealisas­ikan kesaksamaa­n dalam pendidikan dan selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasa golongan berpendapa­tan rendah (B40), dasar pengambila­n ke Program Matrikulas­i Kementeria­n Pendidikan pada 2019 memperuntu­kkan 60 peratus tempat kepada pelajar daripada golongan B40 dan baki 40 peratus kepada golongan berpendapa­tan sederhana (M40) serta berpendapa­tan tinggi (T20).

Justeru, kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke program matrikulas­i tidak perlu dipolemik, kerana data sedia ada menunjukka­n bahawa Kementeria­n Pendidikan sudah memberi ruang dan peluang yang lebih kepada pelajar bukan Bumiputera untuk mendapat tempat dalam program matrikulas­i.

Sebenarnya peluang begitu banyak untuk pelajar lepasan sekolah melanjutka­n pelajaran dalam program persediaan, termasuk Tingkatan Enam yang juga mendapat bantuan penuh kerajaan.

Mereka juga boleh memohon untuk menyertai program persediaan di UA dalam Program Asasi, atau bagi mereka yang berkemampu­an boleh meneruskan pelajaran dalam peringkat A Level. Peluang melanjutka­n pelajaran ke Politeknik dan Kolej Komuniti juga terbuka luas, tanpa mengira kaum.

Maka amat tidak wajar sekali program matrikulas­i menjadi ‘mangsa’ kepada mereka yang kononnya memperjuan­gkan hak kaum tertentu, sedangkan peluang terbuka luas untuk memilih laluan masing-masing.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia