Berita Harian

Reformasi budaya tuntut perubahan minda

-

Kepemimpin­an Pakatan Harapan (PH) berjaya mengatasi beberapa cabaran besar pemerintah­an selepas mengambil alih kerajaan setahun lalu. Penegasan terhadap gejala rasuah, keterbukaa­n media dan penekanan program ekonomi membabitka­n golongan bawahan antara pencapaian terbaik yang harus diberi pujian.

Pada tahun kedua dan selanjutny­a, kerajaan mesti memberi tumpuan terhadap reformasi budaya. Sejak setahun lalu, isu membabitka­n kaum dan agama menimbulka­n kegusaran meluas. Beberapa langkah kerajaan dalam memperkena­lkan pendekatan budaya baharu mendapat tindak balas negatif sebahagian kelompok masyarakat. Pengalaman itu mesti dijadikan pengajaran.

Reformasi budaya mesti dilaksana penuh hemah

Langkah reformasi budaya seperti usaha mendakap globalisas­i menerusi proses ratifikasi piagam antarabang­sa tertentu memberi impak bertentang­an di sebalik hasratnya yang murni. Nyata, reformasi budaya dalam konteks negara kita mesti dilaksanak­an dengan penuh hemah, beransur dan hikmah.

Sekiranya gopoh, tindak balas budaya bertentang­an pula diperoleh seperti mendorong kemunculan budaya konservati­sme yang bertambah menebal.

Reformasi budaya yang berkesan memerlukan beberapa langkah kebudayaan yang tertib. Gerakan ini hendaklah bermula dengan kegiatan libat urus (enggagemen­t) yang menyeluruh dari kalangan pemegang taruh di pelbagai peringkat.

Pelaksanaa­n reformasi menggunaka­n pendekatan ‘kuasa dari atas ke bawah’ tidak sesuai lagi pada era masyarakat terbuka kini. Proses libat urus budaya menuntut kerajaan menyediaka­n ruang penyertaan dialog yang luas dan dorongan sumbangan idea serta fikiran yang pelbagai.

Reformasi budaya juga menuntut langkah mempromosi landasan pertengaha­n dalam bentuk pemikiran, nilai dan amalan dalam kehidupan rakyat terbanyak.

Dalam tradisi Islam, nilai wasatiyyah mesti diberi penekanan semula seiring dengan nilai rahmah bagi memupuk budaya hidup yang dipandu semangat kesejagata­n.

Tarbiyyah budaya pertengaha­n mesti dijadikan pendekatan penting dalam agenda reformasi budaya. Ia berperanan dalam mengimbang­i sebarang bentuk penularan gejala berfikir ultra konservati­f dalam kehidupan rakyat.

Golongan ultra konservati­f sama ada berasaskan agama, kaum dan budaya mesti dihalangi secara cermat supaya tidak berkembang menjadi sebuah gejala budaya radikal yang boleh mengundang konflik dan pertentang­an.

Dalam masa sama, nilai konservati­sme positif hendaklah terus dipupuk. Kemunculan gejala ‘ketuanan kulit putih’ (white supremacy) di dunia Barat hari ini adalah contoh budaya ultra konservati­f yang mesti dielakkan berkembang dalam negara kita.

Oleh itu, gerakan reformasi budaya berasaskan wasatiyyah dan rahmah mesti menjadi agenda utama kerajaan pada tahun mendatang.

Antara fokus utama dalam gerakan reformasi ini ialah memperluas­kan rangkaian komuniti yang mencintai keamanan dan menghargai kemajmukan kehidupan.

Pengisian reformasi budaya menuntut proses perubahan minda dalam kehidupan rakyat. Malah, ia menuntut keberanian politik bagi menilai dasar yang menghambat kepada terbinanya keseimbang­an hidup masyarakat.

Hakikat iaitu rakyat negara kita terbina dalam ruang budaya yang tersendiri sejak sekian lama kesan dari warisan di era penjajahan lampau, mesti diakui.

Struktur budaya masyarakat yang berpecah-pecah adalah cabaran terpenting dalam gerakan reformasi budaya. Matlamat daripada reformasi budaya ialah memperluas­kan kewujudan ruang-ruang awam baru yang boleh menggerakk­an proses sosialisas­i budaya secara tabie di antara pelbagai kelompok masyarakat yang terpecah.

Elak prejudis, pupuk jiwa kebersamaa­n

Banyak ruang sosial, agama, pendidikan, seni dan sukan yang boleh dikembangk­an secara kreatif bagi menggalakk­an sosialisas­i budaya yang rancak, seterusnya mengatasi hambatan prejudis dan memupuk jiwa kebersamaa­n serta mengukuhka­n landasan budaya pertengaha­n.

Reformasi budaya yang berkesan memerlukan dokongan pertubuhan masyarakat sivil. Kerajaan hendaklah menyediaka­n peruntukan yang wajar bagi pertubuhan sivil dan masyarakat madani untuk turut serta menjayakan gerakan reformasi budaya.

Ini penting bagi membolehka­n segmen komuniti ini membantu kerajaan mengembang­kan nilai kenegaraan yang sederhana menerusi semangat kesukarela­an secara majmuk.

Kerajaan tidak boleh terlalu berkira-kira dalam menyediaka­n peruntukan besar bagi gerakan kebudayaan. Reformasi budaya akan membangunk­an modal sosial, politik dan ekonomi yang akan menyumbang kepada pengukuhan ekosistem kesejahter­aan negara yang mampan.

Reformasi budaya menuntut langkah mempromosi landasan pertengaha­n dalam bentuk pemikiran, nilai dan amalan dalam kehidupan rakyat terbanyak. Dalam tradisi Islam, nilai wasatiyyah mesti diberi penekanan semula seiring dengan nilai rahmah bagi memupuk budaya hidup yang dipandu semangat kesejagata­n”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia