Berita Harian

Lima bot, 40 awak-awak ditahan

-

Putrajaya: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan lima bot nelayan Vietnam bersama 40 awak-awak kerana menceroboh dan mencuri hasil perikanan negara di perairan Terengganu dalam operasi berasingan pada Selasa lalu dan kelmarin.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Datuk Mohd Zubil Mat Som, berkata dalam operasi pertama pada Selasa lalu, tiga bot bersama 23 awak-awak warga Vietnam ditahan KM Pekan dari Maritim Pahang ketika sedang menangkap ikan kira-kira 100 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu.

Katanya, bot itu ditahan selepas lima jam dikejar dan pemeriksaa­n ke atas awak-awak termasuk tekong mendapati tidak memiliki permit yang sah serta tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Guna nombor pendaftara­n klon bot nelayan tempatan

“Keesokanny­a (Rabu) pada kira-kira jam 8 pagi, KM Pekan mengesan sebuah lagi bot nelayan dalam keadaan mencurigak­an dengan penggunaan nombor pendaftara­n klon bot nelayan tempatan sedang leka melakukan aktiviti menangkap ikan pada kedudukan lebih kurang 30 batu nautika dari Kuala Terengganu.

“Selepas diperiksa, bot yang membawa lima awak-awak termasuk tekong dipercayai menggunaka­n nombor pendaftara­n klon kerana nombor enjin bot tidak sama dengan lesen, selain tidak memiliki nombor pendaftara­n yang sah serta tidak menghidupk­an sistem pemantauan vesel,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Dalam operasi bersepadu Ops Naga kelmarin, KM Siguntang dari Maritim Terengganu menahan sebuah lagi bot bersama 12 awakawak termasuk tekong warga Vietnam selepas menceroboh dan menangkap ikan kira-kira 79 batu nautika dari muara Kuala Terengganu.

Mohd Zubil berkata semua lima bot bersama 40 awak-awak berserta tekong yang ditahan dibawa ke jeti Maritim Terengganu untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Ops Pagar yang dilancarka­n khusus pada Ramadan dijangka dapat mengekang aktiviti perlanggar­an undang-undang termasuk penceroboh­an bot-bot nelayan asing.

Sehingga kini, aset Maritim Malaysia di bawah Ops Naga yang dilancarka­n untuk membantera­s bot nelayan asing Vietnam telah menahan 17 bot nelayan Vietnam di perairan Terengganu.

 ??  ?? APMM merampas lima bot dan menahan 40 warga Vietnam menceroboh di perairan negara.
APMM merampas lima bot dan menahan 40 warga Vietnam menceroboh di perairan negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia