Berita Harian

Salahuddin akui rimas ada pihak minta tender, AP

Kementeria­n kaji prosedur terbaik tepati ciri indeks integriti

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub rimas dengan pihak tertentu termasuk ahli parti yang meminta pelbagai kemudahan termasuk permit import (AP) dan tender kementeria­n.

Beliau berkata, walaupun banyak ‘permintaan’, pihaknya meletakkan integriti pada peringkat tertinggi selaras falsafah kewujudan Pakatan Harapan (PH) iaitu memastikan penjawat awam berada di tempat sewajarnya sambil dipandu oleh kepemimpin­an politik yang tidak korup.

Justeru, katanya, pihaknya akan melihat prosedur terbaik bagi memastikan semua AP dan tender yang dikeluarka­n menepati ciri indeks integriti, sekali gus menjadikan kementeria­nnya contoh dalam soal ketelusan.

“Saya cukup rimas dengan kawan-kawan dan ahli parti yang

datang meminta AP, meminta itu dan ini... tender dalam kementeria­n. Itu ‘direngekka­n’ ke telinga menteri,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpuna­n bulanan kementeria­n di sini, semalam.

Hapuskan ‘rent-seeker’

Bercakap pada pada sidang media selepas itu, Salahuddin berkata, amalan terdahulu yang ingin dihapuskan kementeria­n adalah rent-seeker iaitu pihak yang tidak memiliki kilang dan industri tetapi mendapat AP.

“Kementeria­n mahu memberikan kemudahan seumpama itu kepada mereka yang terbabit dalam industri.

“Itu yang kita akan buat. Saya dan timbalan menteri (Sim Tze Tzin), kita juga ada ahli parti dan penyokong. Kalau kita kena layan seperti ini, tiada beza kita dengan kerajaan dahulu.

“Rakyat mahu melihat perubahan ini sebab itu kita akan pergi ke satu proses yang kita boleh beritahu rakyat tentang proses itu,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini semua proses permohonan AP secara dalam talian dan ini bermakna ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang layak tambahan pula permohonan akan disiasat jawatankua­sa teknikal.

“Ini kita buat dengan lebih telus supaya tidak berlaku ketirisan pada masa akan datang. Kita berusaha sebaik-baiknya,” katanya.

Mengenai syarikat yang akan meneruskan matlamat National Feedlot Corporatio­n Sdn Bhd (NFC) sebelum ini, Salahuddin berkata, jika syarikat itu boleh memenuhi terma dan syarat ditetapkan, tiada masalah bagi kementeria­n untuk menjadi pemudahcar­a.

“Hanya satu syarikat yang tampil dan ia syarikat tempatan. Saya rasa selepas diselesaik­an semua pinjaman Kementeria­n Kewangan, kita harus melihat terma rujukan agar semua kembali ke landasan dan kementeria­n akan membantu mereka,” katanya.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Salahuddin bersama warga kerja Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani pada majlis Perhimpuna­n Bulanan kementeria­n di Putrajaya, semalam.
[FOTO BERNAMA] Salahuddin bersama warga kerja Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani pada majlis Perhimpuna­n Bulanan kementeria­n di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia