Berita Harian

12 universiti taja ‘Biasiswa untuk Palestin’ dihargai

-

Putrajaya: Dana penajaan biasiswa khas daripada 12 universiti bagi ‘Biasiswa untuk Palestin’ untuk anak Palestin melanjutka­n pengajian peringkat tinggi di Malaysia adalah daripada sumber kewangan universiti masing-masing.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir, berkata 12 universiti itu membabitka­n 11 universiti swasta dan satu universiti awam (UA).

Universiti berkenaan ialah Albukhary Internatio­nal University dengan tajaan RM3.5 juta membabitka­n 25 biasiswa; Management & Science University dengan tajaan RM1.1 juta (27 biasiswa); Mahsa University tajaan RM1.09 (20 biasiswa); Kolej Universiti Islam Perlis tajaan RM1.02 juta (15 biasiswa); City University RM1 juta (26 biasiswa).

Multimedia University dengan tajaan RM1 juta (enam biasiswa); UCSI University tajaan RM719,433 (lima biasiswa); Universiti Teknologi Petronas tajaan RM681,500 (enam biasiswa); Universiti Tenaga Nasional tajaan RM575,000 (tiga biasiswa); Universiti Kuala Lumpur RM158,400 (dua biasiswa) dan Universiti Utara Malaysia RM128,000 (dua biasiswa).

Sumbangan besar nilai

“Menyedari dana untuk penajaan itu adalah daripada sumber kewangan universiti masing-masing, Jabatan Pendidikan Tinggi ingin menzahirka­n penghargaa­n yang tidak terhingga kepada semua 12 universiti atas sumbangan yang besar nilainya dalam landskap pendidikan tinggi negara dan berharap semangat ini dicontohi institusi pengajian tinggi yang lain,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Siti Hamisah berkata, adalah menjadi kelaziman kepada universiti tempatan untuk menawarkan biasiswa pada setiap tahun sama ada kepada pelajar Malaysia atau pelajar antarabang­sa.

Katanya, sejak beberapa tahun kebelakang­an ini sahaja, universiti swasta di negara ini sudah menawarkan biasiswa bernilai lebih RM100 juta kepada pelajar tempatan.

“Albukhary Internatio­nal University pula adalah universiti swasta di Malaysia berlandask­an konsep philanthro­py atau demawan yang menawarkan biasiswa kepada pelajar dari negara yang dilanda peperangan agar mereka dapat pulang dan membangunk­an semula negara masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, usaha murni itu sudah menarik minat universiti swasta yang lain dan dipanjangk­an kepada pelajar Palestin.

“Kesudian universiti berkenaan menawarkan biasiswa kepada anak Palestin pada 22 Mei 2019 bersempena Ramadan yang mulia ini adalah inisiatif khas melambangk­an solidariti warga pendidikan tinggi dalam misi kemanusiaa­n untuk rakyat Palestin yang tertindas,” katanya.

Pada satu majlis berbuka puasa bersama komuniti Palestin di Putrajaya kelmarin, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumka­n Malaysia bersetuju menawarkan biasiswa bernilai RM11.48 juta kepada pelajar Palestin bagi menyambung pengajian di 12 universiti di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia