Berita Harian

Prestasi KDN memuaskan: Muhyiddin

-

Putrajaya: Prestasi pencapaian Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) sejak pentadbira­n kerajaan Pakatan Harapan (PH) bermula Mei tahun lalu hingga 30 April lalu, adalah sebanyak 63.15 peratus, kata Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, pencapaian itu berdasarka­n 19 inisiatif dilaksanak­an KDN.

“Setakat ini, saya berpuas hati dengan pencapaian ini, walaupun masih banyak ruang perlu diperbaiki dan diberi tumpuan.

“Usaha berterusan perlu dilaksanak­an terutama dalam memperting­katkan usaha mengurangk­an kadar jenayah yang sentiasa menjadi keutamaan kita.

“Ini termasuk usaha menangani isu pendatang asing tanpa izin, mengurangk­an kadar kes berulang dan residivis, memantau sempadan darat dan maritim negara serta melakukan reformasi dan kajian terhadap undang-undang berkaitan keselamata­n,” katanya berucap pada Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni di sini, semalam.

Muhyiddin berkata, pencapaian ini juga menunjukka­n komitmen warga KDN dalam memenuhi janji manifesto, seterusnya bagi memelihara keselamata­n, keamanan dan ketenteram­an awam dapat ditunaikan.

Selain itu, beliau berkata, penunjuk Prestasi Pencapaian Menteri (MPI) bagi Mac untuk prestasi kementeria­n secara keseluruha­n, adalah 92.11 peratus.

Teruskan aktiviti penguatkua­saan

Katanya, bagi tiga bulan pertama tahun ini, jenayah indeks bagi setiap 100,000 penduduk, kekal rendah iaitu 61.26 peratus, berbanding sasaran 66.52.

“Aktiviti penguatkua­saan ke atas pendatang tanpa izin dan majikan menggaji juga diteruskan dengan 2,924 operasi sudah dijalankan bagi tempoh sama.

“Dalam usaha mengurangk­an kadar residivis (pesalah berulang), seramai 286 orang yang diparol sudah menjalani program Kerjasama Pintar Korporat bertujuan menyediaka­n Iatihan dan penempatan pekerjaan kepada mereka selepas selesai menjalani tempoh parol kelak. lni sebahagian pencapaian KDN bagi tempoh tiga bulan pertama ini,” katanya.

Beliau yakin dengan komitmen dan kesungguha­n seluruh warga KDN melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab masingmasi­ng.

“Kita dapat meneruskan momentum ini dan mencapai sasaran ditetapkan bagi semua 27 aktiviti di bawah MPI bagi 2019,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia