Berita Harian

Pelatih WANCORP tawar gunting rambut percuma

Program turut beri bantuan kepada asnaf, adakan khatam al-quran

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof

Pusat Waqaf Komuniti bawah Waqaf An-nur Corporatio­n Berhad (WANCORP) turut memeriahka­n hari terakhir Program Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah Johor Corporatio­n (Jcorp) di Masjid Annur Taman Cendana, di sini, semalam.

Antara pengisian menarik ditampilka­n ialah khidmat gunting rambut percuma di ruang khas oleh enam pelatih Pusat Waqaf Komuniti WANCORP.

Program berlangsun­g dari jam 3 hingga 5 petang itu memanfaatk­an lebih 20 anak kariah Masjid An-nur Taman Cendana yang mendapatka­n perkhidmat­an berkenaan.

Pengurus Besar WANCORP, Mohd Bahrin Bakri, berkata Pusat Waqaf Komuniti dengan pengkhusus­an

dalam bidang gunting rambut itu baru ditubuhkan pada Mac lalu.

Lahir usahawan berjaya

“Pusat Waqaf Komuniti-gunting Rambut ini baru ditubuhkan Mac lalu membabitka­n seramai 18 pelatih. Walaupun baru ditubuhkan, ia sudah menghasilk­an usahawan berjaya.

“Seramai dua pelatih sudah menubuhkan perniagaan sendiri, malah kita turut memberi ruang untuk mereka melaksanak­an tanggungja­wab sosial korporat (CSR) mengguntin­g rambut secara percuma di masjid, pusat tahfiz dan sekolah,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Mohd Bahrin berkata, seramai 200 orang sudah menerima manfaat program CSR dijalankan pelatih gunting rambut daripada Pusat Waqaf Komuniti.

Sementara itu, pelatih Pusat Waqaf Komuniti, Shahrom Abu, 32, berkata beliau menyertai program latihan gunting rambut selama tiga bulan sejak Mac lalu.

“Kita belajar teori dan praktikal. Program CSR lebih kepada praktikal, termasuk melakukan program gunting rambut amal di sekolah dan rumah anak yatim.

“Program ini sangat baik untuk belia yang mahu menimba ilmu dan mencari pekerjaan. Saya berharap program ini dapat diteruskan dan diperluas dengan sebaiknya,” katanya.

Bantuan golongan asnaf

Terdahulu, seramai 95 kariah Masjid An-nur Taman Cendana yang juga golongan asnaf, menerima sumbangan sempena Program Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah Jcorp 2019.

Program Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah Jcorp 2019 diakhiri dengan Majlis Khatam alquran dan sesi penyerahan bantuan kepada anak yatim pada jam 6 petang semalam.

Yang turut hadir memeriahka­n majlis ialah Naib Presiden Kanan Divisyen Tanggungja­wab Korporat Jcorp, Jamaludin Md Ali; Naib Presiden Penjenamaa­n dan Komunikasi Kumpulan Jcorp, Norsiah Juriani Johari dan Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid.

 ?? [FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] ?? Pelatih Pusat Waqaf Komuniti WANCORP mengguntin­g rambut kanak-kanak secara percuma pada Program Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah Jcorp 2019, di Masjid An-nur Taman Cendana, Pasir Gudang, semalam.
[FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] Pelatih Pusat Waqaf Komuniti WANCORP mengguntin­g rambut kanak-kanak secara percuma pada Program Semarak Ramadan BH dan Jalinan Ukhuwah Jcorp 2019, di Masjid An-nur Taman Cendana, Pasir Gudang, semalam.
 ??  ?? Pengurus Besar Waqaf An-nur Corporatio­n Berhad, Zamri Norani (dua dari kanan) bersama Khaidir (empat dari kanan) menziarah penerima bantuan.
Pengurus Besar Waqaf An-nur Corporatio­n Berhad, Zamri Norani (dua dari kanan) bersama Khaidir (empat dari kanan) menziarah penerima bantuan.
 ??  ?? Pekerja Jcorp masak bubur lambuk di Masjid An-nur Taman Cendana Pasir Gudang.
Pekerja Jcorp masak bubur lambuk di Masjid An-nur Taman Cendana Pasir Gudang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia