Berita Harian

Pelajar kolej vokasional terbunuh nahas bas terbalik

-

Jelebu: Seorang pelajar Kolej Vokasional Kuala Klawang, di sini, maut manakala 26 cedera dalam kemalangan sebuah bas dan kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Kuala Klawang-seremban, berhampira­n Bukit Tangga, di sini, semalam.

Kejadian pada jam 3.39 petang menyebabka­n mangsa berusia 20an meninggal dunia di tempat kejadian.

Pelajar yang cedera pula adalah 14 lelaki dan 10 perempuan dari kolej vokasional berkenaan serta Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Klawang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik negeri, Superinten­dan Ibrahim Mohd Abdul Kadir, berkata ketika kejadian, 25 pelajar menaiki bas awam dari Kuala Klawang menuju ke Seremban kerana mula bercuti untuk pulang menyambut Aidilfitri.

Bas hilang kawalan

Katanya, sebaik tiba di lokasi, bas itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabit kemalangan dengan SUV berkenaan.

“Kejadian itu menyebabka­n bas yang membawa 25 pelajar serta seorang pemandu itu terbalik di kaki bukit manakala SUV terbalik di tengah jalan,” katanya di sini, semalam.

Polis kini mengenal pasti dua orang yang cedera dari SUV yang sudah dihantar ke hospital, dan polis masih menjalanka­n siasatan berhubung punca kejadian.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.39 petang dan 16 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Jelebu dan Senawang, bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba kami mendapati pemandu dan penumpang yang menaiki SUV sudah dihantar ke hospital oleh orang awam.

“Pelajar yang cedera adalah 14 lelaki dan 10 perempuan dari Kolej Vokasional Kuala Klawang dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Klawang,” katanya.

 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA] ?? Sebuah bas terbalik nahas dengan SUV di Jalan Kuala Klawangser­emban, berhampira­n Bukit Tangga, di Jelebu, semalam.
[FOTO IHSAN PEMBACA] Sebuah bas terbalik nahas dengan SUV di Jalan Kuala Klawangser­emban, berhampira­n Bukit Tangga, di Jelebu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia