Berita Harian

Polis mungkin dakwa seorang suspek hari ini

-

Sepang: Polis tidak menolak kemungkina­n salah seorang suspek kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Kamarudin, akan didakwa hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, berkata pihaknya kini sedang menunggu arahan daripada pendakwa raya.

“Kita sudah selesaikan siasatan dan akan merujuk kes ini kepada pihak pendakwa raya. Daripada tiga yang ditahan itu, kita akan dakwa seorang dan yang lain akan dijadikan sebagai saksi.

“Suspek kini masih dalam tahanan reman, kalau pendakwa raya kata kita boleh dakwa esok, maka kita akan pergi esok (hari ini), jika tidak akan dakwa Isnin.

“Kita mahu ia (dakwa) secepat mungkin. Kemungkina­n untuk dakwa esok (hari ini) itu ada, kita tidak menolak kemungkina­n,” katanya kepada media selepas Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Surau Al Medina, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.

Polis tak dedah motif

Ditanya mengenai motif pembunuhan, Noor Azam berkata, pada masa ini pihaknya tidak mahu mendedahka­n.

“Kita sudah dapat bukti kukuh, namun suspek sehingga kini tidak mahu mengaku dan mendedahka­n hal berkenaan,” katanya.

BH sebelum ini melaporkan, suspek wanita warga Nigeria dan lelaki Pakistan direman selama tujuh hari sehingga kelmarin, selepas ditahan pada Rabu lalu dalam serbuan berasingan sekitar Lembah Klang.

Suspek ketiga yang juga suspek utama, warga Nigeria berusia 36 tahun, ditahan di sebuah kafe di pusat beli-belah di Cheras, Khamis lalu, dan direman selama tujuh hari.

Tempoh tahanan reman suspek disambung tujuh hari lagi bermula hari ini dan akan berakhir pada 30 Mei ini.

Siti Kharina yang dilaporkan hilang sejak 8 Mei lalu, ditemui dibunuh di sebuah kondominiu­m yang disewa mangsa di Cyberjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia