Berita Harian

Mahkamah Rayuan Singapura tangguh hukuman mati

-

Singapura: Mahkamah Rayuan Singapura semalam membuat keputusan membenarka­n permohonan rakyat Malaysia, P Pannir Selvam menangguhk­an hukuman mati yang dihadapiny­a dan membolehka­n beliau mencabar proses pengampuna­n.

Pannir, 32, diwakili peguam Too Xing Ji dan Lee Ji En dari BMS Law, dijadual menjalani hukuman mati pada Subuh hari ini.

Dia mengemukak­an permohonan itu sementara menunggu satu pencabaran ke atas penolakan pengampuna­n.

Surat daripada Presiden Singapura yang menolak pengampuna­n itu dan pemakluman hukuman itu kedua-duanya bertarikh 17 Mei lalu, tetapi surat yang memaklumka­n kepada ahli keluargany­a mengenai hukuman mati itu dihantar pada 16 Mei lalu.

Permohonan Pannir didengar di hadapan Ketua Hakim, Sundaresh Menon dan dua Hakim Rayuan, Judith Prakash dan Steven Chong.

Peluang munasabah

Dalam keputusann­ya, Menon berkata, Pannir ‘perlu mempunyai peluang munasabah mendapatka­n nasihat mengenai sama ada beliau boleh memenangi cabaran dengan penuh jaya.’

“Yang jelas, beliau dimaklumka­n kedua-duanya, iaitu penolakan petisyen pengampuna­n dan tarikh jadual hukuman mati hanya satu minggu sebelumnya”.

Hakim berkenaan juga mengambil pertimbang­an bahawa Xing Ji hanya timbul dalam gambaran sebagai peguam Pannir semalam.

“Untuk berlaku adil terhadap beliau, kita tidak boleh menjangka beliau dalam keadaan mengemukak­an satu hujah yang maju. Dalam keadaan itu kita berasakan bahawa hukuman itu perlu kekal sehingga perintah selanjutny­a.

“Perayu mempunyai dua minggu mengemukak­an permohonan hasratnya bersama-sama bukti sokongan. Pendakwara­ya mempunyai tempoh dua minggu menjawab. Kedua-dua pihak perlu mengemukak­an rangka fail dalam masa satu minggu respon oleh pendakwara­ya dan perkara untuk menetapkan semula bagi perbicaraa­n dalam notis singkat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia