Berita Harian

Kaedah subsidi petroleum bersasar sudah dimuktamad

KPDNHEP bentang kajian ke Kabinet sebelum dilaksana

- roha@bh.com.my Kuala Lumpur Oleh Rohaniza Idris

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selesai memuktamad­kan kajian berhubung mekanisme subsidi petroleum bersasar baharu, kata menterinya, Datuk Seri Saifuddin

Nasution Ismail.

Beliau berkata, hasil yang dimuktamad­kan itu akan dibentangk­an ke Kabinet terlebih dulu sebelum boleh dilaksanak­an.

Katanya, pelaksanaa­n mekanisme subsidi petroleum bersasar baharu perlu mengambil kira pelbagai aspek berkaitan termasuk penentuan harga kesan kenaikan harga minyak mentah dunia dan kepentinga­n pemegang taruh.

“Saya masih menunggu saat sesuai dan tepat untuk membentang­kan perkara itu kepada jemaah menteri kerana ia membabitka­n impak kewangan kerajaan, kesediaan pemegang taruh seperti syarikat minyak dan pengedar petroleum, selain keperluan rakyat,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n wajah baharu Pasaraya Besar Giant Batu Caves di sini, semalam.

Beliau ditanya mengenai pelaksanaa­n mekanisme subsidi petroleum bersasar baharu yang dikatakan akan dilaksanak­an tahun ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah dilaporkan berkata, kerajaan dijangka mengumumka­n mekanisme subsidi petroleum bersasar baharu awal tahun ini.

Saifuddin Nasution berkata, kerajaan perlu meneliti sebelum melaksanak­an mekanisme berkenaan supaya mencapai matlamatny­a.

Katanya, kerajaan memang berada dalam garis masa untuk pelaksanaa­n mekanisme itu.

“Kita mahu apabila dilaksanak­an nanti, ia memberi kelegaan kepada semua pihak terbabit terutama rakyat,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Saifudin Nasution berkata, kementeria­nnya tidak menerima sebarang aduan mengenai kenaikan harga tiket penerbanga­n domestik pada musim perayaan.

Berikutan itu, katanya, kementeria­nnya tidak boleh membawa isu berkenaan untuk tindakan selanjutny­a.

Kena berlaku adil

“Saya kena berlaku adil kepada syarikat penerbanga­n juga. Kalau ada asas seperti aduan tindakan boleh diambil. Setakat ini, aduan berhubung perkara itu belum kita terima.

“Saya setiap hari periksa aduan pengguna kepada kementeria­n dan ada tiga aduan paling banyak diterima iaitu kenaikan harga barang, penipuan perniagaan dalam talian dan iklan yang mengeliruk­an,” katanya.

Semalam, BH melaporkan gesaan persatuan pengguna supaya kerajaan mengarahka­n syarikat penerbanga­n tempatan, mengurangk­an harga tiket penerbanga­n domestik menjelang Aidilfitri.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, dilaporkan berkata ramai pengguna terkesan dengan kenaikan harga tiket terbabit pada musim perayaan.

Saifuddin Nasution berkata, paling penting pengguna perlu bijak merancang untuk membeli tiket penerbanga­n supaya mendapat harga yang murah.

“Pilihan terletak di tangan pengguna, beli tiket awal dan pilih syarikat penerbanga­n yang menawarkan harga murah,” katanya.

 ??  ?? Saifuddin Nasution Ismail
Saifuddin Nasution Ismail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia