Berita Harian

Warga Aceh dakwa rakyat Malaysia tetap jadi tauke

-

Kuala Lumpur: Penduduk tempatan tetap berfungsi sebagai tauke atau majikan dalam perniagaan yang didakwa dikuasai komuniti Aceh di negara ini.

Presiden Komuniti Aceh Malaysia, Datuk Mansyur Usman, berkata dakwaan bahawa komuniti Aceh menjadi tauke dan rakyat tempatan seolah-olah tidak ada peluang dalam perniagaan adalah persepsi kurang tepat.

Beliau mendakwa, perniagaan yang dijalankan komuniti itu dilakukan secara solidariti, tanpa sebarang penindasan.

“Hakikatnya, komuniti Aceh dan pemilik perniagaan tempatan memiliki persetujua­n bersama iaitu pemilik berperanan sebagai tauke dan kami sebagai pekerja.

“Sehubungan itu, keuntungan perniagaan diagih seadilnya, malah komuniti Aceh giat menyumbang semula kepada kebajikan rakyat negara ini, khususnya setiap kali bencana melanda.

“Malah, 40 peratus daripada kirakira 500,000 komuniti Aceh sudah mendapat taraf kerakyatan selepas menetap di sini lebih tiga dekad lalu, bersama menyumbang bakti dan tenaga demi pembanguna­n negara ini,” katanya kepada BH.

Beliau berkata demikian mengulas isu penguasaan komuniti Aceh dalam perniagaan dan pelbagai bentuk kemahiran di negara ini.

Mansyur yang sudah mendapat taraf warga negara sejak menetap di negara ini pada 1985, mendakwa tiga elemen penting bagaimana pendatang Aceh mudah diterima dalam pelbagai kaum di negara ini adalah sikap rajin, solidariti sesama komuniti Aceh dan semua pihak tanpa mengira agama, bangsa serta negara.

Sanggup kerja 18 jam sehari

Katanya, sikap bersungguh dalam pekerjaan yang sanggup bekerja sehingga 18 jam sehari menyebabka­n rakyat tempatan yakin menyerahka­n operasi perniagaan mereka kepada komuniti Aceh.

“Kesungguha­n sedemikian menyebabka­n perniagaan yang diurus komuniti Aceh cepat berkembang di seluruh ceruk negara ini.

“Malah, sebelum ini, kaum Cina yang menguasai Chow Kit turut menyerahka­n perniagaan mereka kepada kami untuk diteruskan.

“Atas kesungguha­n yang dipamerkan itu juga, segelintir komuniti Aceh sudah berkahwin dengan rakyat tempatan sebelum mengembang­kan peluang untuk berjaya,” katanya.

Beliau bagaimanap­un enggan mengulas mengenai kemasukan komuniti Aceh secara tidak sah dan menyalahgu­nakan Pas Lawatan Sosial.

Katanya, tradisi komuniti Aceh adalah pihak yang sudah stabil akan menyumbang modal kepada generasi seterusnya untuk memulakan operasi perniagaan mereka.

“Ini boleh dianggap sebagai tabung kewangan kerana komuniti kami tidak memiliki akses membuat pinjaman bank di negara ini.

“Bantuan ini hanya untuk kos sewa bangunan. Dari segi bekalan barangan, pembekal meletakkan dahulu barang mereka di kedai tanpa mengenakan bayaran.

“Bayaran dikira mengikut baki barang yang ada. Proses ini berlaku kerana sikap kesungguha­n komuniti Aceh berjaya mendapat kepercayaa­n pelbagai pihak,” katanya.

 ??  ?? Peniaga Aceh turut menguasai gerai buah-buahan di Keramat, Kuala Lumpur.
Peniaga Aceh turut menguasai gerai buah-buahan di Keramat, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia