Berita Harian

NSTP iktiraf pelajar cemerlang

Penyertaan APCBH-NST 2018 dibuka sehingga 3 Julai depan

- Oleh Basir Zahrom

The New Straits Times Press (NSTP) terus memberi pengiktira­fan kepada pelajar cemerlang menerusi penganjura­n Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) BH-NST 2018.

Pengurus Besar Jabatan Vertikal Pendidikan NSTP, Farah Ezrin Mohd Rashidi, berkata acara itu ialah tanda penghargaa­n kepada calon yang mencatat prestasi membang

gakan pada peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018.

Bakar semangat pelajar lain

Beliau berkata, acara yang diperkenal­kan oleh BH sejak 2006 itu adalah bagi memberi pengiktira­fan kepada pelajar cemerlang yang melanggan atau menggunaka­n produk pendidikan NSTP, sekali gus menjadi pembakar semangat kepada pelajar lain.

Dalam konteks ini, beliau berkata, kecemerlan­gan pelajar bukan sekadar dinilai berdasarka­n pencapaian akademik, sebaliknya turut mengambil kira pembabitan aktif dalam aktiviti kokurikulu­m dan aspek sahsiah.

“Kriteria kecemerlan­gan secara holistik ini selari dengan hasrat Kementeria­n Pendidikan untuk melahirkan pelajar seimbang dari segi akademik dan kokurikulu­m seperti digariskan dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

“NSTP meneruskan program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) ini bagi menyuntik motivasi kepada pelajar, terutama kepada mereka yang pernah menjadi pelanggan produk pendidikan NSTP sama ada sebagai peserta seminar peperiksaa­n atau bengkel anjuran BH dan NST.

“Sehubungan itu, pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang digalakkan untuk bersaing pada APCBH-NST 2018 yang dijadualka­n berlangsun­g pada Julai depan,” katanya.

Pemenang bakal terima wang tunai RM1,000

Farah Ezrin berkata, APCBH-NST 2018 bakal menyaksika­n beberapa kategori baharu termasuk Personalit­i Pilihan BH Didik, Minda dan Skor, Pencapaian Bahasa Inggeris Terbaik (School Times) dan Rakan Langganan Sisipan BH/NST.

Beliau berkata, bagi UPSR, PT3 dan SPM pula, lima pemenang untuk setiap kategori akan menerima wang tunai RM1,000, sijil dan trofi eksklusif APCBH-NST 2018 yang akan tertera nama penerima.

Katanya, mereka yang berminat boleh mendapatka­n borang penyertaan dalam akhbar dan

dan atau ikuti Facebook BH Pendidikan, Fullamark serta School Times.

Penyertaan dibuka sehingga 3 Julai depan dan boleh dihantar ke alamat Anugerah Pelajar Cemerlang BH-NST 2018, P.O Box 10049, Pejabat Pos Besar, 50902 Kuala Lumpur.

Buat julung kalinya, penganjura­n turut menerima penghantar­an melalui e-emel dengan melampirka­n setiap dokumen dalam format jpeg, 300 dpi ke upen@bh.com.my dengan tajuk ‘Anugerah Pelajar Cemerlang BH-NST 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia