Berita Harian

Suspek utama bakar kereta mufti ditahan

Seorang lagi dikenali sebagai Mie Tomoi terus diburu

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Dziyaul Afnan Abdul Rahman bhnews@bh.com.my Kangar

Selepas lebih dua bulan diburu, dalang utama kes bakar kereta rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikenali sebagai Zaini akhirnya berjaya diberkas di sekitar negeri ini, Selasa lalu.

Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd, berkata pihaknya sedang memburu seorang lagi suspek dikenali sebagai Mie Tomoi yang menyebabka­n kenderaan itu terbakar.

“Keseluruha­nnya, lima suspek ditahan sehingga kini bagi membantu siasatan kes berkenaan, dengan kesemuanya sedang direman.

“Kita masih memburu Mie Tomoi dan yakin suspek akan diberkas dalam sedikit masa lagi,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Noor Mushar berkata, setakat ini hasil siasatan terperinci mendapati mendapati Zaini dan Mie Tomoi turut terbabit dalam kejadian mencederak­an Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPS), Dr Hazman Hassan pada September tahun lalu.

“Zaini adalah suspek utama dalam kes bakar kereta Mohd Asri dan mencederak­an Hazman. Dia juga yang bertanggun­gjawab dengan membayar upah kepada Mie Tomoi dalam dua kejadian berkenaan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan polis berjaya menahan seorang penganggur berusia 36 tahun dan memburu lagi empat suspek yang terbabit dalam kejadian bakar kereta rasmi Mohd Asri di kediamanny­a pada 22 Mac lalu.

Dalam kejadian itu, kereta berkenaan jenis Honda Accord dibakar pada bahagian bonet, selain cermin hadapan turut dipecahkan dipercayai perbuatan khianat oleh pihak tertentu.

Kejadian itu disedari ahli keluargany­a ketika mereka sedang melakukan persiapan untuk solat Subuh.

Sementara itu, di Pasir Mas, Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari menyifatka­n permohonan maaf dibuat Mohd Asri berhubung tindakan memuat naik dua gambar anggota Jabatan Amal Malaysia bersama Presiden PAS dan mengenai kes bakar kereta miliknya di laman sosial Facebookny­a pada Mac lalu, masih tidak memadai.

Ambil tindakan

Sebaliknya, beliau berkata, Mufti Perlis itu perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengendali Facebook beliau (Dr MAZA.COM) kerana setiap perkara dimuat naik itu memberi impak besar.

Pada masa sama, katanya, Mohd Asri perlu mendedahka­n siapa pengendali Facebook berkenaan yang bertanggun­gjawab memuat naik gambar terbabit kepada umum.

“Dalam kes ini, tiga anggota Jabatan Amal Malaysia ditahan untuk diambil keterangan dan ia dimuat naik di Facebook Mufti Perlis itu seolah-olah anggota berkenaan sudah didapati bersalah.

“Ini perbuatan melampau terutama Mohd Asri mempunyai kedudukan dan sangat tidak sesuai. Sebab itu, permohonan maaf yang dibuatnya tidak mencukupi.

“Pada masa sama, kita beranggapa­n apa yang dimuat naik pengendali Facebook Mohd Asri disebabkan terikut-ikut dengan status berkias yang dimuat naik Mufti Perlis itu sendiri sebelum ini,” katanya selepas program Ceramah Badar di Madrasah Nasrullah Pohon Buloh, di sini, tengah malam kelmarin, yang disampaika­n Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Terdahulu, Mohd Asri memohon maaf berhubung dua gambar anggota Jabatan Amal Malaysia bersama Abdul Hadi dimuat naik dalam Facebookny­a dan kejadian bakar kereta miliknya pada 22 Mac lalu.

Gambar terbabit dimuat naik pengendali laman Facebook Mohd Asri, semalam sehingga mengundang kecaman PAS, sebelum ia dipadamkan.

“Saya mewakili laman ini memohon maaf jika ada persepsi salah diberikan sebelum laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikeluarka­n berkaitan isu ini.

“Kita hendaklah menunggu kenyataan rasmi PDRM. Secara peribadi, saya percaya Presiden PAS dengan kedudukan beliau, tidak mungkin memberikan arahan jahat seperti itu. Pihak lain mungkin patut disiasat,” katanya.

Lima suspek ditahan sehingga kini bagi membantu siasatan kes berkenaan” Noor Mushar Mohd, Ketua Polis Perlis

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia