Berita Harian

Dua beranak ditahan kes viral tembak monyet

-

Seri Manjung: Polis menahan dua beranak berhubung tindakan menembak mati seekor monyet yang dikurung di Sitiawan di sini.

Siasatan awal polis mendapati motif remaja terbabit menembak monyet itu sekadar suka-suka.

Remaja berusia 18 tahun itu ditahan bersama bapanya yang berumur 54 tahun bekerja sebagai peniaga di rumah mereka di Taman Kenangan, Sitiawan pada jam 9.20 malam kelmarin untuk membantu siasatan berhubung video yang tular berkaitan perbuatan itu.

Dalam kejadian antara jam 10 hingga 11 pagi pada 18 Mei lalu, remaja berusia 18 tahun itu dirakam menembak monyet liar dengan satu das tembakan sebelum membuang sangkar dan bangkai haiwan itu di sebuah sungai di Bota.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain, berkata penahanan dua beranak itu membawa kepada rampasan sepucuk pistol warna hitam jenis Glock 42, sarung pistol, 12 peluru dan lesen pemilikan senjata api.

Ambil pistol bapa

Beliau berkata, remaja lelaki itu mengaku mengambil pistol bapanya yang sedang tidur dalam pondok di kebun pisang bapanya pada hari kejadian.

“Setakat ini, suspek mendakwa kejadian itu dilakukan hanya untuk suka-suka dan turut mendakwa monyet itu ditangkap di kebun kerana merosakkan hasil tanaman sebelum menembak haiwan itu dengan satu das tembakan.

“Bapa suspek pula memaklumka­n pelaku dalam video yang tular itu seakan anaknya dan polis akan ke lokasi kejadian untuk meneruskan siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di sini, semalam.

Razarudin berkata, dua beranak itu direman selama empat hari sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Siasat kesihatan mental

Pihak polis turut menyiasat hal berkaitan kesihatan mental remaja berkenaan.

“Kejadian seumpama itu juga tidak seharusnya berlaku kerana bukan sahaja membabitka­n kesalahan menggunaka­n senjata api, malah ia adalah satu penganiaya­an terhadap haiwan,” katanya.

 ?? [FOTO NOOR HIDAYAH TANZIZI/BH] ?? Razarudin (tengah) menunjukka­n pistol yang dirampas susulan penahanan dua beranak berhubung rakaman video menembak monyet, pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, semalam.
[FOTO NOOR HIDAYAH TANZIZI/BH] Razarudin (tengah) menunjukka­n pistol yang dirampas susulan penahanan dua beranak berhubung rakaman video menembak monyet, pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia