Berita Harian

Ainul terbang ke London malam ini

Ibu bapa, dua doktor iringi bayi terima rawatan

- Oleh Norrasyida­h Arshad dan Nurul Fhatihah Zakinan

Bayi perempuan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, penghidap kanser mulut Germ Cell Tumor berada dalam keadaan baik untuk berlepas ke London, malam ini.

Nenek Ainul Mardhiah, Norlela Ikhyar, 44, berkata kesihatan cucu sulungnya ketika ini baik dan diyakini tidak memberi kesan sepanjang menaiki kapal terbang.

Katanya, ibu bapa Ainul Mardhiah, Nurul Erwani Zaidi dan Ahmad Safiuddin Ahmad Razak juga dilihat semakin positif dalam menempuh ujian mereka.

Semangat makin kuat

“Berbanding sebelum ini, mereka dilihat sedikit terganggu, namun dengan adanya sokongan keluarga, rakan dan rakyat Malaysia, ia menguatkan lagi semangat anak serta menantu.

“Alhamdulil­lah, dari segi mental, mereka dilihat bertambah positif dan ini hasil sokongan serta doa semua pihak,” katanya ketika dihubungi BH ,di sini, semalam.

Norlela berkata, hanya Nurul Erwani dan Ahmad Safiuddin akan berada di London sepanjang Ainul Mardhiah menerima rawatan, manakala ahli keluarga lain mungkin hanya menunggu di sini.

“Keluarga akan mengikuti perkembang­an Ainul Mardhiah dan memberi sokongan serta doa dari sini,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Safiuddin, ketika dihubungi berkata, ada dua perkara penting perlu diuruskan hari ini sebagai persiapan terakhir sebelum beliau sekeluarga bertolak ke London.

Katanya, urusan itu perlu diselesaik­an segera berikutan tempoh untuk berlepas ke sana semakin suntuk tetapi enggan memberi butiran lanjut mengenainy­a.

Ainul Mardhiah bersama ibu bapa dan dua doktor pengiring dijangka berlepas ke London malam ini dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Minggu lalu, Pengarah Bahagian Keselamata­n dan Pasport Jabatan Imigresen Putrajaya, Datuk Mohd Zulfikar Ahmad, sudah menyerahka­n passport antarabang­sa Ainul Mardhiah.

Media sebelum ini melaporkan pakar bedah warga Malaysia yang berpangkal­an di UK, Dr Nur Amalina Che Bakri, bersama sekumpulan pakar di negara itu bersedia membuat pembedahan terhadap Ainul Mardhiah dengan kos rawatan dianggarka­n lebih RM1 juta.

 ??  ?? Ainul dikatakan dalam keadaan baik untuk menempuh perjalanan jauh ke London.
Ainul dikatakan dalam keadaan baik untuk menempuh perjalanan jauh ke London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia