Berita Harian

TNB ajak meriahkan raya di desa

Iklan ‘Konvoi Epik Fantastik’ pertahan budaya saling mengunjung­i

- Oleh Syalikha Sazili

Pengalaman balik ke kampung yang menjadi sebahagian tradisi sambutan Aidilfitri setiap tahun menjadi tunjang kepada iklan hari raya Tenaga Nasional Berhad (TNB), tahun ini.

TNB memaparkan iklan raya

yang mengetenga­hkan tradisi saling mengunjung­i pada musim perayaan bertajuk Konvoi Epik Fantastik yang bakal ditayangka­n di televisyen bermula 1 Jun depan.

Bagaimanap­un, siaran penuh iklan berkenaan boleh ditonton di saluran Youtube, Tenagaoffi­cial bermula kelmarin.

Sesuai semua kaum

Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Roslan Ab Rahman, berkata iklan itu menjadi sebahagian daripada tradisi TNB menyampaik­an mesej bermakna ketika sambutan pelbagai perayaan dan budaya sepanjang tahun.

Katanya, seperti iklan perayaan TNB sebelum ini, antara mesej disampaika­n melalui plot iklan kali ini bukan sahaja khusus untuk umat Islam yang menyambut perayaan, sebaliknya sesuai untuk semua kaum.

“Iklan raya kali ini memaparkan unsur kekeluarga­an seperti tolak ansur, hormat-menghormat­i, kesefahama­n dan keikhlasan dalam mengukuhka­n hubungan silaturahi­m, seterusnya menjadikan ia lebih erat dan bermakna.

“Kita juga ingin berkongsi kemeriahan sambutan raya dengan tradisi saling mengunjung supaya kekal sebagai budaya memupuk semangat persaudara­an dan kekeluarga­an yang kuat,” katanya berucap pada Majlis Pratonton Eksklusif Iklan Hari Raya Aidilfitri 2019 di Bangunan Art Printing Works, Bangsar, di sini, semalam.

Pelbagai babak cuit hati

Konvoi Epik Fantastik yang memaparkan pengalaman dan tradisi sambutan hari raya seorang gadis bandar, Nabila yang berkonvoi ke 10 rumah adik-beradik datuknya.

Sepanjang perjalanan itu, terdapat pelbagai babak menyentuh perasaan dan mencuit hati bagi memastikan tradisi kunjung-mengunjung­i diterapkan dalam masyarakat.

Iklan raya kali ini papar unsur kekeluarga­an seperti tolak ansur, menghormat­i, kesefahama­n dan keikhlasan” Roslan Ab Rahman, Ketua Pegawai Korporat TNB

 ?? [FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN /BH] ?? Roslan (dua dari kiri) dan pengarah filem, Quek Shio Chuan (kiri) bersama pelakon utama iklan raya TNB pada Majlis Pratonton Eksklusif Iklan Hari Raya Aidilfitri 2019 di Bangsar, semalam.
[FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN /BH] Roslan (dua dari kiri) dan pengarah filem, Quek Shio Chuan (kiri) bersama pelakon utama iklan raya TNB pada Majlis Pratonton Eksklusif Iklan Hari Raya Aidilfitri 2019 di Bangsar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia