Berita Harian

Mobile Ramadan Bazar promosi produk PKS, ibu tunggal

-

Petaling Jaya: Menjelang Syawal yang disambut umat Islam bulan depan, Yayasan CIMB mengambil inisiatif melancarka­n Mobile Ramadan Bazar bertujuan membantu golongan memerlukan memasarkan produk perniagaan mereka.

Ia program tahun kedua dilaksana yayasan berkenaan dengan memfokuska­n penyertaan bukan hanya golongan memerlukan seperti ibu tunggal, namun perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CIMB, Datuk Hamidah Naziadin, berkata inisiatif ini bertujuan menggalakk­an golongan terbabit hidup berdikari dengan melakukan aktiviti perniagaan kecil-kecilan.

Katanya, disebabkan ketika ini musim perayaan Aidilfitri, pemilihan produk jualan berasaskan makanan dan kuih tradisi yang sesuai dijadikan hidangan hari raya.

“Menerusi Mobile Ramadan Bazar ini, kita mempamerka­n barangan dan produk mereka. Selain kuih tat nanas, barangan dijual membabitka­n kraf tangan, muruku, tempe dan banyak lagi,” katanya ketika melancarka­n Mobile Ramadan Bazaar di pekarangan bangunan Sri Pentas, Bandar Utama di sini, semalam.

Hasil jualan

Beliau berkata, setiap jualan diterima menerusi Mobile Ramadan Bazaar ini akan diserahkan kepada mereka, termasuk PKS yang terbabit.

Pada kali ini, katanya, produk diterima yayasan dihasilkan 12 PKS terpilih dan tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO), selain produk daripada ibu tunggal dan yatim piatu daripada Yayasan Orang Kelainan Upaya Kelantan.

“Mobile Ramadan Bazar ini bergerak ke 11 lokasi terpilih di sekitar Lembah Klang bermula hari ini sehingga akhir Ramadan nanti.

“Lokasinya seperti di pejabat korporat termasuk ibu pejabat CIMB dan pusat beli-belah The Curve serta pasaraya Mydin di Subang Jaya,” katanya.

Mobile Ramadan Bazar menampilka­n satu kenderaan bergerak menyediaka­n ruangan khas mempamerka­n pelbagai produk makanan dijual kepada pengguna dengan harga berpatutan.

12 USAHAWAN PKS terbabit Mobile Ramadan Bazaar

11 LOKASI terpilih sekitar Lembah Klang

 ?? [FOTO ROHANIS SHUKRI/BH] ?? Hamidah melancarka­n Mobile Ramadan Bazaar di pekarangan bangunan Sri Pentas, Bandar Utama, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ROHANIS SHUKRI/BH] Hamidah melancarka­n Mobile Ramadan Bazaar di pekarangan bangunan Sri Pentas, Bandar Utama, Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia