Berita Harian

Buka peluang kerjasama perdaganga­n, pelaburan

Argentina kekal rakan dagangan ketiga terbesar di kalangan negara Amerika Latin

- Oleh Alzahrin Alias

Argentina membuka peluang kerjasama perdaganga­n dan pelaburan dua hala dalam bidang Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), robotik, Internet untuk Segalanya (IOT) dan komponen automotif dengan Malaysia.

Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) berkata, kedua-dua negara juga bersetuju untuk terus membincang­kan prospek perdaganga­n dan pelaburan menerusi Perjanjian Perdaganga­n Dua Hala yang sedia ada dan Perjanjian Jaminan Pelaburan.

MITI berkata, Argentina kekal sebagai rakan perdaganga­n ketiga terbesar di kalangan negara Amerika Latin

pada 2018 dengan nilai dagangan sebanyak RM5.39 bilion (AS$1.34 bilion).

“Eksport ke Argentina pula bernilai RM570 juta (AS$140 juta) manakala import pada RM4.81 bilion (AS$1.20 bilion).

Hampir 70 peratus

“Produk getah, elektrik & elektronik, petroleum, kelapa sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit serta jentera, peralatan dan komponen menyumbang hampir 70 peratus daripada eksport ke Argentina.

“Manakala, pembuatan lain selain makanan haiwan, kulit serta bahan kulit dan pertanian bijirin pula menyumbang 90 peratus daripada import dari Argentina,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

MITI berkata, syarikat dari Argentina telah melabur dalam sektor pembuatan dan perkhidmat­an Malaysia manakala syarikat Malaysia pula meneroka potensi perniagaan di Argentina dalam pelbagai sektor dari pelanconga­n, minyak dan gas, pegangan pelaburan dan pembuatan.

Lawatan lima hari

Argentina adalah negara kedua dilawati Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Darell Leiking sempena misi perdaganga­n dan pelaburan selama lima hari ke Amerika Latin susulan penyertaan­nya dalam mesyuarat Menteri-menteri APEC yang Bertanggun­gjawab bagi Perdaganga­n, pada 17 hingga 18 Mei lalu di Valparaiso, Chile.

Dalam lawatannya itu, Leiking mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengeluara­n dan Buruh Argentina, Dante Enrique Sica.

Beliau juga bertemu dengan beberapa syarikat Argentina dan membincang­kan mengenai peluang perdaganga­n dan pelaburan dalam sektor jentera, makanan agro, makanan kesihatan, kecerdasan buatan (AI) untuk amaran berkaitan alam sekitar dan program pembinaan kapasiti.

Lawatannya turut disertai Duta Besar Malaysia ke Argentina serta pegawai kanan dari MITI, Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE), Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Institut Automotif, Robotik & IOT Malaysia (MARII).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia