Berita Harian

Konflik As-china tekan ringgit, Bursa Malaysia

Ringgit diunjur terus berada dalam kedudukan lemah

- Oleh Che Wan Badrul Alias

Mata wang dan pasaran saham tempatan dijangka terus tertekan berikutan konflik dagangan dua kuasa ekonomi terbesar dunia, susulan tindakan yang disifatkan penganalis­is sebagai ‘pembulian Trump ke atas China’.

Ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) terus lemah menghampir­i paras sokongan RM4.20 apabila mencecah

RM4.1933 petang semalam.

Sentimen negatif turut menyelubun­gi pasaran tempatan dengan indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada 1,601.87, selepas membuka dagangan pagi semalam di bawah paras 1,600 mata.

Mengulas perkembang­an itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata susulan ketidakten­tuan berterusan ekonomi dunia, ringgit diunjurkan terus berada dalam kedudukan lemah berbanding dolar AS, iaitu sekitar RM4.21 menjelang akhir tahun ini.

Katanya, permintaan terhadap mata wang lindung nilai seperti dolar AS, yen dan Swiss Franc bakal menyaksika­n permintaan tinggi, sekali gus menyebabka­n mata wang asing khususnya negara sedang membangun seperti Malaysia terjejas.

Bahkan, katanya, pelabur juga memerhatik­an pergerakan nilai mata yuan, yang dilihat semakin lemah berbanding dolar AS, selain wujud kebimbanga­n China mungkin menggunaka­n instrumen bukan tarif seperti “merendahka­n nilai mata wangnya” bagi menyokong pertumbuha­n ekonomi.

Sukar diduga

“Situasi perang perdaganga­n antara AS dan China sememangny­a sesuatu sukar diduga, walaupun sebelum ini perbincang­an kedua pihak dikatakan konstrukti­f, namun naratif berubah pantas apabila pentadbira­n AS menaikkan tarif kepada 25 peratus bagi import dari China bernilai AS$200 bilion.

“Diburukkan lagi jangkaan AS menaikkan tarif import daripada China bernilai AS$300 bilion selepas komen awam Jun nanti dan tindakan menyenarai hitam Huawei, menyebabka­n ekonomi global berdepan risiko pertumbuha­n perlahan kerana tarif ini meningkatk­an kos perniagaan dan menjejaska­n kelancaran rantaian perniagaan yang saling berkait antara satu sama lain.

“Maka, pelabur akan lebih berhati-hati dalam pasaran mata wang asing atau membuat keputusan pelaburan selain kecenderun­gan mempunyai lebih pendedahan terhadap instrumen pelaburan pendapatan tetap,” katanya kepada BH, semalam.

Sementara itu, Rakuten Trade Sdn Bhd dalam nota analisisny­a berkata, paras sokongan psikologi FBM KLCI dilihat pada paras 1,600 dan pihaknya menjangkak­an keadaan semasa akan bertahan berikutan kurangnya pemangkin.

Katanya, pasaran serantau akan terus tidak menentu selagi Presiden AS, Donald Trump mengekalka­n pendiriann­ya yang dilihat sebagai ‘membuli China dan negara lain’.

“Berdasarka­n perkembang­an terbaharu terhadap Huawei, perkara yang sama boleh berlaku kepada syarikat China yang lain dan itu akan mencetuska­n ketidakten­tuan pada dua ekonomi terbesar dunia dan turut sama menjejaska­n syarikat AS,” katanya.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ??
[ FOTO HIASAN ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia