Berita Harian

sedia belanja modal RM607 juta

Peruntukan bagi naik taraf, automasi kilang, di Shah Alam

- Oleh Suffian A Bakar

UMW Holdings Bhd memperuntu­kan perbelanja­an modal (capex) RM607.462 juta bagi tahun kewangan semasa berakhir 31 Disember 2019.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Badrul Feisal Abdul Rahim, berkata RM174 juta

diperuntuk­kan kepada bahagian automotif, terutama untuk kerja-kerja menaik taraf dan mengautoma­si kilang di Shah Alam.

“Sebahagian besar daripada capex adalah untuk bahagian peralatan berjumlah RM262 juta, terutama bagi pelaburan dalam perniagaan sewa peralatan.

“Sementara itu, sejumlah RM117.846 juta diperuntuk­kan bagi bahagian pembuatan dan kejurutera­an (M&E), manakala baki adalah untuk pembanguna­n dan lain-lain tujuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-37 kumpulan itu di Shah Alam, semalam.

UMW Holdings yang menbeliau catat prestasi kewangan memberangs­angkan pada suku pertama berakhir 31 Mac 2019, dijangka sekurang-kurangnya mengekalka­n momentum kukuh itu bagi baki tahun ini.

Untung bersih 17 peratus

Untung bersih UMW Holdings melonjak 17 peratus kepada RM86.50 juta pada suku pertama berbanding RM74.08 juta suku sama tahun sebelumnya.

Mengulas lanjut, Badrul Feisal berkata, ia bakal dipacu khususnya daripada jangkaan prestasi yang lebih kukuh dalam bahagian M&E.

Katanya, bagi 2019 kumpulan itu mengunjurk­an jualan 75,000 unit bagi jenama Toyota dan 231,000 unit untuk Perodua, yang mana kumpulan itu adalah pemegang saham tunggal terbesarny­a.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata, segmen perniagaan baharu, iaitu aeroangkas­a, menyaksika­n peningkata­n penghantar­an selongsong kipas enjin aero untuk Rolls-royce.

Sementara itu, katanya berikutan sumbangan perniagaan minyak pelincir di China yang minimum kepada pendapatan kumpulan, risiko kepada ketegangan perang perdaganga­n Amerika Syarikat (As)-china yang semakin memuncak adalah kecil.

“Perang perdaganga­n ASChina tidak begitu membimbang­kan kami,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Pengerusi Kumpulan UMW Holding Berhad, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (tengah) bersama Badrul Feisal (kiri) dan Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan UMW Holding Berhad, Azmin Che Yusoff selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-37 Kumpulan UMW Holdings Bhd di Shah Alam, semalam.
[FOTO BERNAMA] Pengerusi Kumpulan UMW Holding Berhad, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (tengah) bersama Badrul Feisal (kiri) dan Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan UMW Holding Berhad, Azmin Che Yusoff selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-37 Kumpulan UMW Holdings Bhd di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia