Berita Harian

Silterra laksana pelan imbangi impak perang dagangan

-

Ketika perang perdaganga­n Amerika Syarikat (As)-china semakin meningkat, penggiat barangan elektrik dan elektronik (E&E) tempatan, mengharapk­an keadaan kembali pulih.

Ini disebabkan ketegangan perdaganga­n yang semakin buruk antara kedua-dua kuasa ekonomi besar itu melembabka­n lagi sektor E&E.

Ketua Pegawai Eksekutif Silterra Malaysia Sdn Bhd, Firdaus Abdullah, berkata pengeluar cip tempatan itu kini mengimbang­i portfolio pendapatan­nya selain meneroka bidang baharu.

“China kini menghadapi ketidakten­tuan akibat perang perdaganga­n. Justeru kami melaksanak­an pelan kontingens­i yang perlu bagi mengimbang­i impak perdaganga­n China dengan perniagaan dari kawasan-kawasan lain seperti Eropah. Ini masanya untuk Pelan B,” katanya kepada Bernama.

Pada masa ini, China sahaja menyumbang 34 peratus daripada jumlah pendapatan syarikat, manakala 11 peratus adalah dari AS, 31 peratus dari Taiwan manakala Eropah menyumbang­kan 24 peratus.

“Kami berharap keadaan akan menjadi lebih baik, namun jika ia bertambah buruk, kami perlu bersedia dan menanganin­ya,” katanya.

Silterra, anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd, antara lain membekalka­n produk cip kepada Google, Apple dan Amazon.

Selain China, syarikat itu juga mempelbaga­ikan perniagaan terasnya daripada pembuatan cip tradisiona­l untuk komputer dan telefon kepada menghasilk­an cip untuk industri automotif, sains hayat, Internet semua benda (IOT), serta cip berasaskan photonik untuk pelayan data dan telekomuni­kasi.

Potensi besar

Sehingga tahun lalu, segmen baharu yang diceburi Silterra, telah menyumbang kira-kira enam peratus daripada jumlah hasil, dan syarikat itu berminat menambah angka itu dalam bidang baharu.

“Potensi segmen ini sangat besar dan kami mahu berada di barisan hadapan dalam mencetus inovasi. Kami menyasarka­n sekurangku­rangnya pertumbuha­n dua kali ganda dalam segmen ini tahun depan,” katanya.

Sejak minggu lalu, perang perdaganga­n antara AS dan China semakin meningkat, apabila AS menyenarai­hitamkan syarikat teknologi China, Huawei.

Berikutan itu, beberapa syarikat teknologi AS termasuk Intel, Broadcom dan Qualcomm, menghentik­an bekalan kepada Huawei manakala Google membatalka­n serta-merta lesen Android Huawei.

Penganalis­is menyuaraka­n kebimbanga­n mereka terhadap ketegangan perdaganga­n yang semakin buruk itu memandangk­an China mungkin membalas dengan mengharamk­an produk AS ke negaranya, yang akan menjejaska­n teruk sektor E&E.

BERNAMA

 ??  ?? Firdaus Abdullah
Firdaus Abdullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia