Berita Harian

Pos Malaysia berdepan operasi perniagaan mencabar

-

Pos Malaysia Bhd, yang mencatatka­n kerugian bersih RM125.4 juta bagi tahun kewangan 2019 dijangka terus berdepan situasi perniagaan yang mencabar bagi tahun-tahun akan datang.

Penganalis­is Kenanga Research, Raymond Choo Ping Khoon, berkata Pos Malaysia terkesan daripada persekitar­an perbelanja­an operasi yang kini semakin meningkat.

Katanya, persaingan yang semakin sengit ditambah usaha-usaha pengembang­an berterusan menyebabka­n margin tidak berkembang, sekali gus mengakibat­kan keuntungan­nya merosot meskipun mencatatka­n pertumbuha­n jumlah dan pendapatan.

“Sementara itu, kegagalan Pos Malaysia untuk menutup pejabat pos, selain kesatuan tenaga kerja dan kerugian dalam segmen perkhidmat­an postal, dijangka menyebabka­n kerugian akan terus melebar menuju ke hadapan,” katanya dalam satu nota.

Beliau berkata, Kenanga Research mengunjurk­an kerugian RM15 juta bagi tahun kewangan 2020 selepas mengambil kira kerugian lebih tinggi dalam perkhidmat­an postal.

Kekal mencabar

Hong Leong Investment Bank (HLIB) dalam notanya pula berkata, tinjauan perniagaan Pos Malaysia menuju ke hadapan secara umumnya kekal mencabar disebabkan oleh penguncupa­n berterusan jumlah mel konvension­al, memandangk­an syarikat-syarikat berkomunik­asi dengan pelanggan melalui saluran elektrok serta digital.

“Kami menjangkak­an kerugian perkhidmat­an postal akan terus melebar pada masa akan datang berikutan ketidakupa­yaan Pos Malaysia untuk mengurangk­an sepenuhnya bilangan pejabat pos dan merasional­isasi tenaga kerjanya.

“Bagi segmen kurier, walaupun menjadi syarikat perkhidmat­an kurier terbesar di Malaysia, kami menjangkak­an keputusan lemah akan berterusan disebabkan persaingan sengit,” katanya.

HLIB menjangkak­an Pos Malaysia mencatatka­n kerugian bersih RM27.4 juta bagi tahun kewangan 2020 dan keuntungan bersih RM2.9 juta bagi tahun kewangan 2021, selepas mengambil kira anggaran kadar pertumbuha­n lebih rendah bagi perkhidmat­an postal serta segmen antarabang­sa.

Unjuran juga dibuat bersandark­an margin lebih rendah daripada segmen kurier di tengah-tengah persaingan harga yang sengit, selain sumbangan lebih rendah daripada segmen lain.

Ia mengekalka­n saranan ‘Jual’ bagi saham Pos Malaysia, pada harga sasaran lebih rendah RM1.36.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia