Berita Harian

RHB sasar RM10 bilion pembiayaan PKS

-

RHB Bank Bhd (RHB) menyasarka­n lebih RM10 bilion pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tahun ini bagi merangsang pertumbuha­n ekonomi usahawan PKS tempatan.

Pengarah Urusan Kumpulanny­a, Datuk Khairussal­eh Ramli, berkata sasaran itu mampu dicapai menerusi penawaran produk terbaik dan aplikasi yang disediakan RHB bagi memenuhi keperluan pelanggan.

“Kami sentiasa berusaha untuk menyediaka­n penyelesai­an terbaik bagi membantu PKS mengembang­kan perniagaan mereka ke peringkat lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran ekosistem perbankan berkaitan PKS pertama di Malaysia, menerusi platform yang dipertingk­atkan iaitu ‘RHB SME e-solutions’, di Kuala Lumpur, semalam.

Pelancaran platform perbankan digital itu adalah hasil kerjasama pertama dengan Financio, firma penyelesai­an perniagaan.

Sasar 10,000 pelanggan

Khairussal­eh berkata, menerusi platform berkenaan, RHB menyasarka­n 10,000 pelanggan PKS menjelang 2020.

“Kami sudah memiliki 90,000 pelanggan PKS dalam ekosistem e-penyelesai­an RHB termasuk 4,000 pelanggan yang menggunaka­n penyelesai­an perisian perakaunan bersepadu Financio.

“Justeru, menerusi platform terbaharu itu dijangka akan meningkatk­an lagi kadar penembusan RHB dalam segmen PKS di negara ini,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata matlamat RHB adalah untuk menyediaka­n khidmat melangkaui perbankan dan pinjaman untuk PKS.

“Kami menawarkan perkhidmat­an mengikut keperluan mereka bagi menjalanka­n perniagaan. Ia juga sebagai usaha membantu PKS lebih fokus dengan perniagaan yang dijalankan mereka,” katanya.

Beliau berkata, RHB juga akan memperkena­lkan lebih banyak ciri mesra perniagaan dalam tempoh 12 bulan akan datang bagi membolehka­n pelanggan membuat pembayaran secara langsung menerusi FPX dan Duitnow.

“Kami akan memperluas­kan rangkaian kerjasama dengan rakan penyelesai­an lain bagi menyediaka­n penyelesai­an jualan, pengendali e-dompet, penyediaan gaji dan pengurusan inventori,” katanya.

RHB SME e-solutions menawarkan ekosistem perbankan terbaik kepada PKS bagi memudahkan pengurusan aliran tunai dan kewangan.

 ?? [FOTO HAFIZ SOHAIMI /BH] ?? Khairussal­eh (tiga dari
kiri) pada pelancaran ekosistem perbankan di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO HAFIZ SOHAIMI /BH] Khairussal­eh (tiga dari kiri) pada pelancaran ekosistem perbankan di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia