Berita Harian

TOYOTA AVANZA BAHARU

Gaya lebih menarik

-

Secara rasminya, UMW Toyota Motor Sdn Bhd memperkena­lkan kenderaan pelbagai guna (MPV) tujuh tempat duduk, Toyota Avanza 2019 yang boleh didapati di semua bilik pameran Toyota di seluruh negara.

Ditawarkan dalam tiga varian iaitu 1.5E, 1.5S dan 1.5S+, versi baharu MPV Toyota masingmasi­ng dijual pada harga atas jalan tanpa insuran bermula RM80,888, RM83,888 dan RM87,888.

Avanza baharu ini dikuasakan oleh enjin 2NR-VE 1.5-liter 4-silinder 16-injap DOHC dengan Dual VVT-I dan transmisi empat kelajuan elektronik automatik.

Berbekalka­n kuasa yang dimiliki, MPV ini mampu menghasilk­an kuasa 105 PS dengan tork maksimum 136 Nm pada 4200 rpm.

Kesemua varian didatangka­n standard dengan lampu hadapan BI-LED, lampu kabus hadapan, antena sirip yu dan juga spoiler bumbung bersama lampu brek ketiga LED.

Versi paling asas 1.5E diberikan rim 15-inci kemasan perak, manakala model lebih tinggi 1.5S dan 1.5S+ diberikan rim yang sama tetapi dengan kemasan dua-tona bersama cermin sisi lipatan berkuasa, kemasan-kemasan badan krom gelap dan juga reflektor merah dipadankan pada pintu tailgate belakang.

Gaya berbeza

Pembeli boleh memilih Avanza 2019 ini dalam empat warna badan berbeza iaitu Hitam Metalik, Putih, Merah Mica Gelap Metalik dan Perak Mica Metalik.

Bahagian dalaman pula menyaksika­n kesemua model hanya diberikan pendingin hawa manual (paparan digital) dan upholsteri fabrik tanpa pilihan balutan kulit pada mana-mana varian.

Varian 1.5E menerima roda stereng urethane, papan meter analog dengan paparan maklumat kecil dan pemain audio double-din disambungk­an ke empat pembesar suara.

Bagi varian 1.5S pula, ia masih diberikan pemain audio yang sama dengan tambahan dua pembesar suara serta butang kawalan audio pada stereng, papan meter dengan serlahan berwarna merah bersama paparan pelbagai info dan pembuka pintu kemasan krom.

Varian tertinggi 1.5S+ menerima sistem infortainm­en dengan skrin sesentuh Display Audio 6.75-inci yang turut menyokong aplikasi Apple Carplay dan Android Auto, serta menampilka­n fungsi arahan suara dan memberikan paparan kamera undur.

Toyota Avanza 2019 menerima dua beg udara di hadapan, sistem brek ABS dan EBD serta cagak tempat duduk kanak-kanak Isofix pada tempat duduk baris kedua sebagai ciri keselamata­n standard untuk semua model.

Khas untuk model 1.5S+, ia turut hadir dengan pemantau titik buta dan amaran lintasan trafik belakang - kedua-duanya diperkenal­kan buat pertama kali untuk Avanza.

Avanza ini turut menerima waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan.

 ??  ??
 ??  ?? Toyota Avanza 2019 boleh didapati di semua bilik pameran Toyota di seluruh negara.
Toyota Avanza 2019 boleh didapati di semua bilik pameran Toyota di seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia