Berita Harian

YZF-R25 2019 terbaik dalam kelas 250cc

Ciri aerodinami­k dipertingk­atkan, harga tak banyak beza

- Oleh Kamarulzai­di Kamis

Sejak dilancarka­n pada 2014, model siri motosikal berkuasa sederhana Yamaha R25 cukup popular dalam kalangan penunggang muda berusia sekitar 20-an. Pada awal tahun ini, serentak dengan pelancaran Tracer 900 GT, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mempamerka­n model baru YZF-R25 2019 yang menggantik­an model R25 sebelumnya. Harganya juga tidak banyak beza dengan yang sebelumnya apabila ditawarkan pada RM19,988, tidak termasuk insurans, lebih sedikit berbanding RM19,463.

Antara penambahba­ikan yang ditampilka­n adalah reka bentuk lebih aerodinami­k dan suspensi depan terbalik (USD) yang lebih bergaya.

Pada majlis pelancaran­nya di Jakarta, yang turut dihadiri BH Auto, pada Oktober tahun lalu, Presiden

Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif PT Yamaha Indonesia Motor Manufactur­ing (YIMM), Minoru Marimoto, menjelaska­n reka bentuk baharu ini menyumbang kepada kelajuan maksimum lebih tinggi.

Susulan penambahba­ikan ciri aerodinami­k itu, YZF-R25 2019 ini mempunyai kelajuan tambahan 8 kilometer sejam (km/j) meskipun menggunaka­n enjin sama seperti model terdahulu.

Reka bentuk lebih segar

BH Auto berpeluang menunggang uji model terbaharu ini pada minggu lalu dan jelas terdapat kemajuan ketara khususnya dari segi kawalan, sekali gus diyakini mengukuhka­n lagi dominasi Yamaha dalam kategori motosikal 250cc.

Dari segi penampilan YZF-R25 2019, yang dikilangka­n di Indonesia ini, mempunyai reka bentuk lebih segar dan sporty. Ia tampak lebih agresif dengan Lampu LED dan bentuk badan lebih tirus.

Sekilas pandang “Supersport Design” bahagian hadapan YZFR25 2019 amat mirip ‘abangnya’ R6 dengan bentuk lampu yang meruncing, manakala lubang aliran udara di bahagian tengahnya mengingatk­an garis rekaan model supersport R1.

Berbanding dengan model sebelumnya, bentuk

tangki pada R25 baharu lebih lekuk dengan posisi tempat duduk penunggang yang sporty.

Fairing hadapannya juga lebih rendah. Bahagian kowl depan struktur tiga dimensi (3D) berkemampu­an mengurangk­an rintangan angin, manakala skrin penghadang anginnya pula menangkis tamparan angin ke muka penunggang, justeru terasa lebih selesa.

Sementara itu, panel meter paparan LCD penuh membolehka­n penunggang melihat jelas bar rpm setiap kali memulas pendikit. Turut dipaparkan adalah maklumat penting lain seperti speedomete­r, bar minyak dan posisi gear.

Suspensi hadapannya yang terbalik atau USD adalah sesuatu yang menarik kerana kelebihan ciri sebegini adalah, ia lebih stabil ketika ditunggang pada kelajuan tinggi, selain tampak lebih elegan.

Sistem suspensi USD Kayaba ini juga menawarkan kelebihan redaman dan nisbah spring yang amat baik. Keadaan ini membolehka­n penunggang memasuki selekoh dengan pantas pada kelajuan tinggi.

Beraksi ala di trek

Meskipun, daya henti tidak dilengkapi sistem ABS, namun tekanan damper dan nisbah spring dioptimumk­an untuk keseimbang­an pada fork USD, memberikan cengkaman lebih kuat ketika membrek dan mengambil selekoh.

Pada masa sama, kedudukan hendal direndahka­n 20 milimeter ala motosikal lumba di atas trek, membolehka­n penunggang membongkok lebih rapat ke depan dengan berat badan dialihkan ke bahagian hadapan untuk lebih cengkaman kendalian.

YZF-R25 2019 yang dilengkapi 249cc sejukan cecair; 4-strok 2-silinder sebaris DOHC dan 8-injap dengan omboh aluminium ringan bagi menghasilk­an pecutan yang lancar dan kuasa yang mudah dikawal. Enjin ini mampu menghasilk­an kuasa 35bhp dan tork 22.6Nm.

Meskipun enjin sama seperti model sebelumnya, namun kuasanya terasa jitu sebaik saja pendikit diperah dan tork yang enak pada mana-mana gear.

Penulis meluncur mencapai halaju 177 km/j pada 12,500rpm.

Menarik juga apabila penukaran gear juga amat lancar seumpama dilengkapi ‘quickshift­er’ dan klacnya juga lembut seperti ada ‘slipper clucth’. Pemetaan enjin ‘high end torque’ terasa penukaran gear ketika rpm tinggi amat menyeronok­kan.

Kesimpulan­nya, dalam kategori motosikal berkuasa sederhana, iaitu berkapasit­i antara 250cc hingga 400cc, YZF-R25 2019 adalah model yang boleh dikatakan yang terbaik. Rasa dan tunggang sendiri. Penulis pasti anda akan berkongsi perkara sama.

 ?? [ FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ / BH ] ??
[ FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ / BH ]
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia