Berita Harian

Periksa kereta bersama Petron

Kempen terbesar tahun ke-7 dapat sokongan jenama terkemuka

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Bersempena musim perayaan yang bakal tiba, Petron memulakan kempen pemeriksaa­n keselamata­n kereta terbesar di lebih banyak stesen minyaknya bagi memastikan pengguna jalan raya yang lebih selamat.

Disokong oleh Honda Malaysia, Michelin Malaysia dan Bosch Automotive Aftermarke­t, Program Keselamata­n Jalan Raya Petron menyediaka­n pemeriksaa­n kereta secara percuma di stesen minyak Petron yang terpilih.

Ketua Keselamata­n, Sekuriti, Kesihatan dan Alam Sekitar Petron Malaysia, Lokman Hani berkata,

inisiatif syarikat itu adalah untuk memastikan kenderaan selamat untuk perjalanan jarak jauh.

“Pemeriksaa­n keselamata­n kenderaan yang mudah dapat membantu mencegah insiden dan menyelamat­kan nyawa.

“Kami bekerjasam­a dengan lebih banyak rakan kongsi automotif yang berkongsi nilai yang sama. Melalui kerjasama strategik, kami dapat menjangkau lebih banyak pemandu dan membantu meminimumk­an kemalangan jalan raya, terutamany­a sewaktu cuti panjang,” katanya.

Pemeriksaa­n percuma

Perkhidmat­an pemeriksaa­n kenderaan adalah percuma untuk sebarang jenama kereta di lebih banyak stesen minyak Petron untuk semua pelanggan.

“Kejayaan kempen Petron yang terbesar dan paling lama, Program Keselamata­n Jalan Raya Petron, yang kini telah masuk tahun ke-7, tidak mungkin dapat dicapai tanpa rakan kongsi utamanya, Jabatan Keselamata­n Jalan Raya Malaysia.

“Kami berharap untuk bekerjasam­a dengan rakan kongsi utama kami iaitu Honda, Michelin dan Bosch untuk memberi pelanggan kami pemeriksaa­n keselamata­n kereta secara percuma,” kata Lokman.

Sempena musim perayaan, Bosch Automotive Aftermarke­t akan menyediaka­n pemeriksaa­n keselamata­n kereta terperinci termasuk keadaan bateri dan pengilap cermin kereta selama 5 minit bagi semua jenis kenderaan di lima stesen Petron yang terletak di kawasan Lembah Klang dari 18 hingga 19 Mei dan 25 hingga 26 Mei, eksklusif untuk pelanggan Petron.

Meneruskan kerjasama dengan Honda Malaysia pula, Petron menawarkan perkhidmat­an 32-mata pemeriksaa­n kenderaan di enam stesen minyak.

Pelanggan juga boleh mendapatka­n tayar Michelin mereka di 15 stesen minyak Petron bagi memastikan tayar mereka selamat sebelum memulakan perjalanan yang panjang.

Tahun lalu, Petron mengadakan 20 pemeriksaa­n keselamata­n kereta di stesennya untuk lebih 3,800 kereta.

 ??  ??
 ??  ?? Kempen pemeriksaa­n keselamata­n kereta yang dianjurkan Petron sempena cuti perayaan sebelum ini.
Kempen pemeriksaa­n keselamata­n kereta yang dianjurkan Petron sempena cuti perayaan sebelum ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia