Berita Harian

Apollo Tyres lancar pusat servis canggih

-

Apollo Tyres merasmikan Zon Trak Tayar Zon Apollo (ATTZ) di Malaysia, pusat sehenti untuk tayar kenderaan komersial.

Pembukaan pusat baharu itu sejajar dengan fokus Apollo Tyres untuk memberikan pelanggan mereka akses kepada pelbagai kemudahan profesiona­l yang ditawarkan.

Lengkap dengan teknologi automotif yang moden, pusat terbabit diuruskan oleh Sin Chu Hin, antara perintis dan pakar di dalam industri tayar di selatan Malaysia.

Gabungan ini, yang pertama untuk Apollo Tyres di luar India akan membolehka­n produk dan perkhidmat­an berkualiti dimanfaatk­an ke pasaran Malaysia di samping memberikan nilai tinggi untuk pelanggan.

Presiden Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika Apollo Tyres Ltd, Satish Sharma, berkata syarikat itu komited untuk menawarkan produk dan perkhidmat­an terbaik untuk pelanggann­ya.

“Pusat servis trak yang canggih ini menggabung­kan pengalaman luas Apollo berkaitan trak dan bas dengan pengalaman 80 tahun Chu Hin dalam pasaran tempatan.

“Ini dapat memberikan pelbagai servis dan penyelesai­an solusi untuk pelanggan kami di Malaysia dan mengukuhka­n lagi keazaman kami untuk komited dalam industri automotif di Malaysia,” katanya.

Peralatan canggih

Selain memberi cadangan yang berasaskan aplikasi untuk tayar, ATTZ akan dilengkapi dengan alatan canggih termasuk mesin penjajaran tayar berkompute­r untuk trak dan treler, penukar tayar automatik dan akan turut menawarkan perkhidmat­an yang menyeluruh berkaitan tayar untuk trak dan bas.

Servis ini dijangka akan mengurangk­an kos penyelengg­araan pelanggan serta menjimatka­n penggunaan minyak.

ATTZ juga mempunyai pusat latihan untuk membimbing pelanggan dalam membuat keputusan dalam pembelian tayar yang sesuai untuk mereka.

“Ini adalah peluang keemasan untuk kami, khususnya di Batu Pahat - antara destinasi perniagaan yang semakin meningkat di Semenanjun­g terutamany­a untuk perniagaan tayar trak kami.

“ATTZ adalah antara pusat servis trak yang pertama, dan kami merancang untuk mengembang­kan rangkaian ini dengan rakan-rakan perniagaan kami di rantau ASEAN,” kata Ketua Kumpulan ASEAN, Timur Tengah dan Afrika Apollo Tyres, Shubhro Ghosh.

Sempena pelancaran zon trak tayar itu dan musim perayaan Aidilfitri yang bakal tiba, Apollo Tyres menawarkan pelanggann­ya baucar dengan setiap pembelian tayar lori.

ATTZ turut menawarkan pakej servis istimewa untuk semua jenis tayar kenderaan komersial dalam pasaran.

 ??  ?? Satish Sharma (tengah) pada majlis pelancaran ATTZ di Malaysia.
Satish Sharma (tengah) pada majlis pelancaran ATTZ di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia