Berita Harian

Naza Group ceriakan Ramadan

Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin teruskan komitmen CSR

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin, yayasan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Naza Group of Companies melawat penghuni rumah orang tua dan kanak-kanak di Wad Kanser Hospital Kuala Lumpur bagi menceriaka­n suasana sempena Ramadan.

Minggu lalu, sukarelawa­n yayasan berkenaan melawat orang tua Pusat Jagaan Al-fikrah di Kajang bagi menyantuni warga emas pada bulan penuh berkat ini.

Pengasas Bersama yang juga Pengarah Naza Group of Companies, Puan Sri Zaleha Ismail dan keluarga turut berkesempa­tan hadir untuk menyumbang­kan Zakat dan keperluan harian kepada penghuni rumah berkenaan.

“Naza Group berkongsi kegembiraa­n bersama rumah kebajikan sejak yayasan ini ditubuhkan menerusi program komuniti yang mana menggarisk­an korporat aktif yang terbabit dalam pembanguna­n komuniti,” kata Pengerusi Eksekutif

Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Naza Corporatio­n Holdings, SM Nasarudin SM Nasimuddin.

Selain itu, sukarelawa­n Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin, pemegang saham Naza Group dan keluarga turut melawat Wad Kanser KanakKanak Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang diketuai SM Nasarudin.

Kanak-kanak di wad berkenaan dihiburkan dengan kehadiran badut dan aktiviti menyeronok­kan bersama sukarelawa­n.

Terimaduit­raya

Selain itu, kanak-kanak terbabit turut menerima duit raya, barangan keperluan dan hadiah Hari Raya daripada yayasan.

“kami ingin berkongsi nasib dan rahmat dengan orang kurang bernasib baik pada Ramadan. Semua aktiviti dan program Yayasan tan Sri SM Nasimuddin bertujuan memberi harapan, kekuatan, keberanian dan motivasi kepada yang memerlukan. Kami berharap dapat menjadi sebahagian daripada masyarakat penyayang,” tambah SM Nasarudin.

Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin ditubuhkan sebagai penghormat­an kepada Pengasas Kumpulan, Allahyarha­m Tan Sri SM Nasimuddin dengan misi untuk memberi bantuan kepada komuniti yang kurang berkemampu­an di Malaysia berdasarka­n tiga teras utama - Pendidikan, Pembanguna­n Masyarakat dan Penjagaan Kesihatan.

Naza Group, konglomera­t Bumiputera milik persendiri­an yang berjaya, akan terus menjangkau lebih banyak organisasi amal menerusi program dermawan dan sosial mereka.

Sejak beberapa tahun lalu, Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin mengagihka­n zakat ke 26 sekolah, mendermaka­n 188 kenderaan, mengadakan 12 bengkel pendidikan dan menyumbang­kan pakaian seragam sekolah, barangan makanan dan keperluan.

 ??  ?? Nasarudin bersama isteri, Marion Caunter menyampaik­an duit raya kepada kanak-kanak di Wad Kanser HKL. Pusat Jagaan Al-fikrah, Kajang baru-baru ini.
Nasarudin bersama isteri, Marion Caunter menyampaik­an duit raya kepada kanak-kanak di Wad Kanser HKL. Pusat Jagaan Al-fikrah, Kajang baru-baru ini.
 ??  ?? Sukarelawa­n Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin bersama penghuni
Sukarelawa­n Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin bersama penghuni

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia