Berita Harian

70 anak yatim tetamu istimewa MAOC

-

Kira-kira 70 anak yatim menjadi tetamu istimewa kepada 40 ahli My Alza Owners Club (MAOC) dalam dua acara berasingan bersempena sambutan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal diraikan awal bulan depan.

Dalam program anjuran MAOC Tangkak dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Tangkak, Johor, seramai 20 ahli menyantuni 40 anak yatim yang diraikan menerusi majlis buka puasa dan sumbangan kelengkapa­n menyambut Aidilfitri.

Program kali kelima anjuran MAOC turut mendapat sokongan beberapa penaja termasuk Kolej Matrikulas­i Johor, Teguh Security Sdn Bhd, ADABI Cawangan Muar, Majlis Agama Islam Daerah Tangkak, Kelas Al-quran Usratul Aisyah, individu dan syarikat.

Setiausaha MAOC, Mohd Firdaus Abdul Malik, berkata 40 anak yatim yang kurang bernasib baik di bawa ke MITC Melaka untuk ‘belanja raya’ sekali gus menceriaka­n lagi sambutan Aidilfitri kali ini.

“Kami turut membawa mereka berbuka puasa di Air Keroh Country Resort. Jelas anak-anak yatim ini sangat gembira apabila ada pihak yang sudi menghulurk­an tangan meringanka­n beban,” katanya.

Sampaikan sumbangan

Yang turut hadir, Pengetua SMK Seri Tangkak, Ab Mutalib Mahad; wakil ADABI Muar, Mohd Sufiyan Mustapha; Ketua MAOC Wilayah Selatan, Md Akhair Desa dan Timbalan Ketua MAOC Negeri Johor, Suhaimi Marjudi.

Dalam acara berasingan di Sepang, Selangor, seramai 30 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Baitus Sakinah, Saujana KLIA, Sepang turut diraikan oleh 20 ahli MAOC Wilayah Tengah anjuran MAOC Putrajaya.

Selain berbuka puasa ala ‘port luck’, MAOC turut menyampaik­an sumbangan kepada anak yatim bagi menceriaka­n sambutan hari raya.

 ??  ?? Ahli kelab My Alza Owners Club merakam gambar kenangan bersama anak yatim dan asnaf di Mydin MITC, Melaka baru-baru ini.
Ahli kelab My Alza Owners Club merakam gambar kenangan bersama anak yatim dan asnaf di Mydin MITC, Melaka baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia