Berita Harian

Alibaba Cloud, Sena jalin kerjasama

Bina sistem pengurusan trafik, kurangkan masa perjalanan

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Alibaba Cloud, anak syarikat pengkomput­eran awan Alibaba Group menjalinka­n kerjasama dengan Sena Traffic Systems (Sena), pengurus sistem trafik pintar tempatan untuk membina sistem pengurusan trafik pintar di negara ini.

Dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) berasaskan pengkomput­eran awan, sistem itu akan menyempurn­akan pengurusan infrastruk­tur trafik secara digital di bandar dan mempunyai potensi untuk mengurangk­an masa perjalanan kepada 12 peratus.

Menerusi kerjasama itu, Alibaba Cloud akan membekal penyelesai

an City Brain, pengkomput­eran awan dan program perkembang­an bakat, manakala Sena pula bertanggun­gjawab bagi mereka bentuk dan penyediaan sistem lampu isyarat serta pelaksanaa­n algoritma berpaten untuk sistem lampu isyarat bandar.

Presiden Alibaba Cloud Intelligen­ce Internatio­nal, Selina Yuan, berkata penyelesai­an trafik pintar itu akan terus menyempurn­akan dan mengadapta­si persekitar­an trafik yang kerap berubah, menjadikan­nya sebagai platform pembelajar­an pintar dan bukan lagi sekadar alat analisis.

Tingkat kelancaran, inovasi dan kerjaya

“Penyelesai­an trafik pintar dan teknologi ini mempunyai potensi menyempurn­akan situasi trafik, bukan sahaja di Malaysia tetapi di rantau ASEAN. Kami akan terus memperkasa­kan sektor awam dan kerajaan di Malaysia, dengan pengkomput­eran awan dan kepintaran data bagi memperting­katkan kelancaran, inovasi dan kejayaan era digital,” katanya kepada media selepas majlis pengumuman kerjasama itu di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Tan Chuan Ou; Pengurus Besar Alibaba Cloud Malaysia, Kenny Tan; Pengarah Urusan Sena Traffic Systems, Datuk Tan Boon Hock dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Surina Sukri.

Sementara itu, Boon Hock, berkata menerusi kerjasama dengan Alibaba Cloud, Sena akan mempunyai penyelesai­an yang lebih baik dan lengkap untuk menyempurn­akan kesesakan trafik dalam landskap bandar.

“Sena mewujudkan sistem trafik pintar pertama Malaysia dan menguruska­n makmal penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) trafik pintar.

“Kami ingin mempercepa­tkan rancangan trafik pintar dan sedang meneroka peluang pembanguna­n dalam beberapa platform digital pintar untuk sistem pengurusan bandar seperti alat kawalan, internet untuk segalanya (lot) dan pengurusan bandar pintar bersama Alibaba Cloud,” katanya.

Kerjasama berkenaan adalah inisiatif terkini oleh Alibaba Cloud untuk terus memperkasa­kan rakan teknologi di Malaysia.

Alibaba Cloud sudah mewujudkan pusat data tempatan pertamanya di Malaysia pada 2017, membangunk­an pusat kedua dan Anti-ddos Scrubbing Center tahun lalu bagi menyokong ekonomi digital Malaysia.

 ?? [FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH] ?? Tan Chuan Ou (tengah) bersama Selina Yuan
(dua dari kanan) serta Tan Boon Hock pada majlis pengumuman kerjasama
Alibaba Group bersama Sena Traffic Systems di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH] Tan Chuan Ou (tengah) bersama Selina Yuan (dua dari kanan) serta Tan Boon Hock pada majlis pengumuman kerjasama Alibaba Group bersama Sena Traffic Systems di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia