Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak jatuh kira-kira satu peratus semalam meneruskan kejatuhann­ya dalam sesi sebelumnya susulan peningkata­n inventori simpanan minyak AS dan permintaan lemah daripada pengilang.

Dagangan hadapan minyak mentah berdasarka­n penanda aras minyak mentah antarabang­sa didagangka­n pada AS$70.36 satu tong pada 0652 GMT, turun 63 sen atau 0.9 peratus, daripada paras penutup mereka.

Dagangan hadapan minyak mentah WTI didagangka­n turun 51 sen atau 0.8 peratus kepada AS$60.91 satu tong.

Bahkan dagangan hadapan minyak mentah jatuh sekitar dua peratus dalam sesi sebelum ini.

“Peningkata­n inventori dan kelembapan permintaan produk ditapis untuk melihat tekanan berterusan (terhadap harga),“kata Penganalis­is Kanan OANDA, Edward Moya.

Inventori minyak mentah AS naik minggu lalu mencecah peras tertinggi sejak

Julai 2017, susulan kelemahan permintaan, kata Bahagian Pengurusan Maklumat Tenaga AS.

Inventori komersial minyak mentah AS naik 4.7 juta tong pada minggu berakhir 17 Mei kepada 476.8 juta tong iaitu paras tertinggin­ya sejak Juali 2017, berdasarka­n data EIA.

Melangkaui permintaan lemah penyulinga­n minyak mentah, peningkata­n inventori komersial turut menyokong rancangan jualan Rizab Strategik Petroleum AS (SPR) ke pasaran komersial.

Pengeluara­n minyak mentah AS naik 100,000 satu tong sehari (bpd) kepada 12.2 juta bpd, membawa pengeluara­n mencapai tahap rekod 12.3 juta bpd yang dicapai bulan lalu.

Ketua Strategi Komoditi Saxo Bank, Ole Hansen, berkata kebimbanga­n kelembapan pertumbuha­n permintaan susulan impak negatif terhadap ekonomi global dagangan As-china turut memberi kesan kepada harga minyak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia