Berita Harian

Pelabur bimbang ketegangan dagangan As-china

-

saham Asia memecah paras sokongan dan menuju ke paras baharu empat bulan terendah pada semalam susulan peningkata­n kebimbanga­n ketegangan dagangan antara China dan AS.

Dalam dagangan awal Eropah, Euro Stoxx 50 dan Jerman DAX kedua-duannya menyaksika­n kejatuhan 0.8 peratus manakala dagangan FTSE menjunam 0.6 peratus dan CAC 40 turun 0.7 peratus.

Dagangan hadapan saham AS turut memulakan minggu ini dengan prestasi lemah apabila S&P 500 menurun 0.5 peratus.

Pelabur bimbang ketegangan dagangan antara As-china kini menjejaska­n pertumbuha­n global dan perniagaan pelaburan secara jangka panjang tanpa sebarang penyelesai­an setakat ini.

Reuters yang memetik sumber rapat menyatakan, Pentadbira­n AS juga mempertimb­angkan untuk meluaskan sekatan terhadap firma pemantauan China, Hikvision susulan tindakan mereka ke atas minoroti Muslim Uighur.

Selepas AS meletakkan Huawei Technologi­es dalam senarai senarai hitam daganganny­a, pereka cip British, ARM memutuskan hubunganny­a dengan Huawei sebagai maklum balas terhadap langkah itu.

Memburukka­n lagi keadaan apabila pihak ketenteraa­n AS turut melaporkan menghantar dua kapal Navy ke wilayah Taiwan semalam.

“AS dan China kelihatann­ya bersedia untuk memanjangk­an konflik dagangan mereka,“kata analisis Nomura dalam notanya.

Susulan tekanan yang memuncak, saham mewah Shanghai turun 1.7 peratus menghampir­i paras terendahny­a sejak Februari.

Setiasuaha Perbendaha­raan AS, Steven Mnuchin berkata masih ada kurang sebulan sebelum AS melaksnaka­n tarif bagi AS$300 bilion untuk import dari China yang masih dalam kajian kesannya terhadap pengguna di AS.

Indeks MSCI Asia Pasifik selain Jepun mencecah paras empat bulan terendah dengan turun 0.8 peratus.

Nikkei rugi 0.6 peratus dan Korea Selatan jatuh 0.3 peratus.

1.7 peratus saham mewah Shanghai turun

0.5 peratus S&P 500 menurun

 ?? [ FOTO HIASAN] ??
[ FOTO HIASAN]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia