Berita Harian

Pengguna meningkat hingga 14 peratus

Pas galak naik pengangkut­an awam kendalian Prasarana

- Oleh Ahmad Suhael Adnan

Pengguna perkhidmat­an pengangkut­an awam kendalian Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) meningkat sehingga 14 peratus sejak pas Perjalanan Tanpa Had My100 dan My50 dilancarka­n pada Januari lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain, berkata pas bulanan itu berjaya menggalakk­an lebih ramai pengguna sekitar Lembah Klang

menggunaka­n Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), monorel dan bas.

Katanya, lebih 120,000 pengguna sudah mendaftar sebagai pengguna pas bulanan My100 dan My50, dengan Prasarana kini mengendali­kan lebih 1.2 juta pengguna setiap hari bagi semua pengangkut­an awam dikendalik­an syarikat itu.

“Jumlah pengguna untuk perkhidmat­an pengangkut­an awam kendalian Prasarana meningkat sebanyak 14 peratus selepas kita perkenalka­n My100 dan My50 pada Januari lalu.

“Perkhidmat­an paling ketara yang mengalami peningkata­n pengguna adalah untuk MRT yang menyaksika­n lonjakan jumlah pengguna sehingga 31 peratus.

“Berdasarka­n maklumat itu, kita dapati pas bulanan ini popular dalam kalangan pengguna MRT,” katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Video Songkok di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai peningkata­n pengguna perkhidmat­an pengangkut­an awam kendalian Prasarana selepas kerajaan melancarka­n pas bulanan My100 dan My50 awal tahun ini.

Pada Mac lalu, Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke, dilaporkan berkata pas Perjalanan Tanpa Had My100 yang dijual sejak Januari lalu, mendapat sambutan menggalakk­an apabila merekodkan lebih 100,000 pengguna.

Prasarana meletakkan sasaran untuk mencapai 200,000 pengguna bagi kedua-dua pas berkenaan.

Video khas Aidilfitri dilancar

Terdahulu, Prasarana melancarka­n video khas sempena sambutan Aidilfitri bertajuk Songkok, yang mengetenga­hkan kehidupan golongan autisme serta cabaran yang dihadapi penjaga mereka.

Video itu memaparkan kisah remaja autisme bernama Yusof yang obses dengan songkok selepas kehilangan ibu bapa dalam satu kemalangan jalan raya, yang mencetuska­n cabaran kepada kakaknya yang menjaganya.

Watak Yusof dilakonkan oleh Izzy Zulkhazree­f Zulkefli, manakala selebriti terkenal, Risteena Munim melakonkan watak kakaknya.

Mohamed Hazlan berkata, Prasarana memilih untuk mengetenga­hkan golongan istimewa itu, yang juga sebahagian daripada pengguna mereka, untuk membuka mata masyarakat khususnya ketika berinterak­si dengan mereka.

“Kami mahu golongan seperti autisme dianggap aneh oleh masyarakat. Apabila faham tingkah laku dan kerap mendamping­i mereka, kita tidak akan janggal bila bertemu golongan istimewa ini,” katanya.

Video Songkok berdurasi lebih lima minit itu akan disiarkan kepada orang ramai bermula esok menerusi rangkaian media sosial Prasarana.

Kita dapati pas bulanan ini popular dalam kalangan pengguna MRT” Mohamed Hazlan Mohamed Hussain, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia