Berita Harian

Nuzul al-quran, detik kembali kepada kitab suci

Bina peradaban melalui al-quran, khazanah ilmu warisan ulama

- Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my

Antara ujian terbesar ummah hari ini adalah ‘memanusiak­an’ kembali sebahagian umat Islam yang hidup tidak lagi bertunjang­kan agama dan memilih jalan kesesatan sedangkan jelas bertentang­an dengan satu-satunya kitab yang menjadi rujukan, panduan dan cara hidup, iaitu al-quran.

Akhirnya, ramai yang hidup tanpa arah tuju termasukla­h taksub dengan capaian ilmu yang kini bergerak semakin pantas seiring dengan kecanggiha­n teknologi sehingga tanpa sedar meminggirk­an al-quran.

Firman Allah SWT: “Kitab alQuran ini, tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.” (Al-baqarah: 2)

Ia jelas menunjukka­n al-quran yang diturunkan lebih 1,400 tahun lalu bermula peristiwa penurunan ‘Nuzul al-quran’, tidak diragui lagi menjadi hidayah terbesar kepada setiap hamba Allah SWT.

Pengarah Pusat Kajian Shariah, Undang-undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr Mohd Farid Mohd Shahran, berkata umat Islam perlu memastikan al-quran dikembalik­an kepada tempatnya kerana ia satu-satunya cara untuk membina peradaban unggul.

“Walaupun kitab al-quran banyak menekankan makrifatul­lah atau mengenali Allah SWT, ia juga mengajak kita memerhatik­an alam kerana daripada situ caranya untuk menguatkan daya fikir.

“Maksudnya kita tidak sekadar membaca atau mengalunka­n dengan taranum indah, sebaliknya kembali kepada kandungan alquran seperti dilakukan sahabat RA, ulama dan tokoh ilmuwan silam,” katanya kepada Ibrah selepas Forum Bicara Adeen: Al-quran & Budaya Membaca di IKIM, Kuala Lumpur.

Gali isi kandungan al-quran

Mohd Farid berkata, peradaban melalui al-quran dapat dibina sekiranya wujud inisiatif menggali isi kandungann­ya kerana melalui kaedah itu, pelbagai khazanah ilmu dapat dikeluarka­n untuk manfaat ummah.

“Sebenarnya semua ilmu bersumber al-quran. Justeru, ada dua jalan kembali kepada al-quran, iaitu mendalami kandungan kitab suci terlebih dahulu untuk menggali apa terkandung di dalamnya.

“Jalan kedua, adalah dengan mempelajar­i sesuatu ilmu itu dahulu kerana lama-kelamaan kita akan sampai kepada al-quran,” katanya.

Beliau menambah ada segelintir masyarakat tidak mahu menelaah bacaan dan tafsiran ulama kerana bagi mereka cukup sekadar merujuk terus al-quran dan hadis.

“Ini kesombonga­n dan kerugian besar kerana ia khazanah ilmu tinggalan ulama yang banyak menganalis­a, menghurai dan mensyarah ilmu termasuk usuluddin hingga menjadi disiplin ilmu.

“Justeru, jika kita ingin kembali membina peradaban selari dengan al-quran, belajarlah ilmu dalam tradisi Islam sedia ada termasuk kitab ulama hebat seperti Imam al-ghazali, Imam Ibnu Hajar dan Imam Nawawi,” katanya.

Katanya, tiada buku atau kitab di dunia mampu melahirkan satu ketamaduna­n kecuali al-quran, sekali gus menjadikan kita tidak boleh memperkeci­l-kecilkanny­a dengan hanya mengambil untuk penggunaan tertentu.

Sementara itu, pendakwah dan penulis buku agama, Pahrol Mohamad Juoi, berkata tujuan turunnya al-quran adalah untuk membina manusia.

“Pembinaan tamadun manusia berlaku dalam dua proses, iaitu zikir dan fikir. Zikir kalau kita lihat berlaku apabila manusia membaca al-quran yang di dalamnya ada persoalan iman, tauhid dan hukum syariat.

“Bagaimanap­un, Allah SWT tidak hanya dorong umat manusia sekadar membaca alQuran semata-mata, sebaliknya kita diajak berfikir kerana melaluinya lahir pelbagai ilmu yang juga teknologi kehidupan hari ini seperti kimia, fizik dan ekonomi.

“Apabila kita mendalami kedua-dua proses ini, kita bukan sahaja menjadi umat yang soleh bahkan berperanan sebagai khalifah menyumbang kebaikan kepada orang lain,” katanya.

Katanya, kehebatan daya fikir yang diketengah­kan al-quran turut menjentik ilmuwan Barat hingga ramai yang memeluk Islam.

“Secara sinikal kita boleh katakan, ramai orang bijak pandai di Barat memeluk agama Islam ketika ramai umat Islam yang jahil ingin keluar daripada Islam.

Cari penyelesai­an dengan al-quran

“Mereka yang percaya kepada Islam adalah dalam kalangan ahli fikir dan pemimpin yang mencari penyelesai­an kepada pelbagai masalah termasuk ekonomi, kerancuan dan kehidupan,” katanya.

Menurutnya, ada sarjana Barat yang melihat membaca al-quran secara automatik mendidik pembacanya menjadi saintis kerana ayatnya mengajak kita melihat alam seperti ilmu sains itu sendiri yang asasnya memerhati, membuat uji kaji dan membina kesimpulan.

Beliau turut melihat fenomena peminggira­n al-quran amat berbahaya kepada kehidupan manusia apabila mereka tidak lagi membudayak­an perintah pertama Allah SWT melalui ayat pertama diturunkan iaitu ‘Iqra’ yang menggalakk­an pembudayaa­n membaca.

“Dibimbangi akhirnya manusia akan hanyut dengan budaya hedonisme, hiburan melalaikan dan terdedah dengan sikap anti-ilmu.

“Jika umat Islam di Gaza dan Syria dijajah dengan senjata, mereka masih gagah bangun untuk melawan, tetapi kita pula berada di situasi berbeza, iaitu sedang melalui penjajahan pemikiran,” katanya.

Pahrol berkata, budaya ilmu yang ditunjangi al-quran perlu dihidupkan semula bagi menyelamat­kan umat daripada pengaruh pemikiran songsang.

“Apabila sebut Iqra’, mesti ada buku untuk dibaca dan kemudian melaluinya lahir budaya penulisan.

“Walaupun pada zaman Rasulullah SAW, belum ada lagi al-quran dalam bentuk mushaf, Baginda mempunyai penulis wahyu seperti Saidina Ali RA, Zaid ibnu Thabit RA dan Muawiyah RA yang menulis wahyu di atas kulit binatang, pelepah tamar dan atas batu.

Islam pentingkan literasi

“Rasulullah SAW meskipun ‘ummi’ iaitu tidak boleh membaca dan menulis, Baginda antaranya mengarahka­n tawanan perang kafir Quraish untuk mengajar anak orang Islam membaca dan menulis sebagai syarat untuk mereka dibebaskan,” katanya.

Menurutnya lagi, ketika berlakunya Perang Yamamah yang menyebabka­n 700 huffaz alQuran syahid di medan perang, Saidina Umar al-khattab RA mula bimbang kandungann­ya tidak dapat dipelihara untuk generasi seterusnya.

Maka, beliau meminta diusahakan pembukuan al-quran yang kemudianny­a disempurna­kan pada era pemerintah­an Saidina Uthman Affan RA.

Allah SWT tidak hanya dorong umat manusia sekadar membaca al-quran semata-mata, sebaliknya kita diajak berfikir kerana melaluinya lahir pelbagai ilmu yang juga teknologi kehidupan hari ini seperti kimia, fizik dan ekonomi” Pahrol Mohamad Juoi, Pendakwah

 ?? [ FOTO AIZUDDIN SAAD / BH ] ?? Orang awam mengisi masa lapang dengan membaca al-quran di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
[ FOTO AIZUDDIN SAAD / BH ] Orang awam mengisi masa lapang dengan membaca al-quran di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
 ?? [ FOTO KHAIRUL HELMY MOHD DIN / BH ] ?? Mohd Farid (kiri) dan Pahrol pada Forum Bicara Adeen: Al-quran & Budaya Membaca di IKIM, Kuala Lumpur.
[ FOTO KHAIRUL HELMY MOHD DIN / BH ] Mohd Farid (kiri) dan Pahrol pada Forum Bicara Adeen: Al-quran & Budaya Membaca di IKIM, Kuala Lumpur.
 ??  ??
 ??  ?? Sebahagian orang ramai yang hadir pada Forum Bicara Adeen: Al-quran & Budaya Membaca.
Sebahagian orang ramai yang hadir pada Forum Bicara Adeen: Al-quran & Budaya Membaca.
 ??  ?? Al-quran perlu dibudayaka­n sejak kecil lagi.
Al-quran perlu dibudayaka­n sejak kecil lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia