Berita Harian

Lazimi tadarus, pelajari kitab suci berterusan

-

Sepanjang Ramadan ini, antara amalan digalakkan bahkan dilazimi Rasulullah SAW adalah memperbany­akkan bacaan al-quran.

Daripada Ibnu Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah adalah orang yang paling pemurah terlebih-lebih dalam bulan Ramadan, bulan yang Baginda selalu ditemui Jibrail. Jibrail menemuinya setiap Ramadan untuk bertadarus al-quran. (HR Bukhari dan Muslim)

Pendakwah, Rusydi Ramli Al-jauhari, berkata Jibrail bertemu Rasulullah SAW pada setiap malam Ramadan untuk sama-sama menyemak bacaan al-quran.

“Tadarus Baginda bukan sekadar membaca semata-mata, bahkan Rasulullah SAW mempelajar­i tuntutan daripada firman Allah SWT yang dibaca.

“Baginda juga mempelajar­i rahsia perkataan Allah SWT dalam al-quran melalui Jibrail yang akan menerangka­n hingga Nabi Muhammad SAW boleh menafsirka­n sendiri dengan baik,” katanya.

Mengupas lanjut, Rusydi berkata, amalan tadarus ini adalah perbuatan membaca alQuran yang dibuat secara bersama-sama di antara dua orang atau lebih.

“Tadarus tidak boleh dilaksanak­an secara berseorang­an, sebaliknya ia mesti dalam halaqah atau kumpulan. Banyak beza antara tadarus kita dengan Rasulullah SAW.

“Ramai antara kita biasanya melaksanak­an tadarus sehingga sampai 17 Ramadan, selepas khatam biasanya dibuat sempena Nuzul Quran maka masjid dan surau kembali sunyi dan sepi.

“Sepatutnya ia tidak dibuat separuh jalan perlu diteruskan sehingga ke penghujung Ramadan, bahkan lebih baik dibawa sekali amalan tadarus ini di bulan berikutnya,” katanya.

Tambahnya, di luar Ramadan sewajarnya amalan tadarus terus dihayati dan dilanjutka­n dengan cara menjadikan­nya satu cara hidup.

“Banyak perkara bermanfaat diperoleh daripada amalan tadarus kerana melaluinya berlaku proses pembelajar­an al-quran yang berterusan.

“Apabila kita memperdeng­arkan bacaan, ada yang akan menegur sekiranya terdapat kesalahan dan memperbetu­lkannya.

“Maka, sepatutnya tadarus dilihat dalam konteks lebih luas, bukan hanya mengejar supaya dapat khatam dalam Ramadan. Paling penting, mendalami bacaan dan tadabbur makna di sebalik setiap ayat Allah SWT,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia