Berita Harian

Pemimpin Islam perlu amal nilai Quranik

-

Ramadan juga disebut bulan al-quran (shahr al-quran) kerana ia diturunkan dalam bulan penuh kemuliaan ini. Umat Islam dianjurkan untuk hidup (mua’ayyasyah) bersama al-quran dengan membaca, bertadarus, tadabbur dan mengamalka­nnya.

Al-quran membekalka­n gambaran (tasawur) sebenar mengenai hakikat kehidupan sekarang dan akan datang serta menjelaska­n hakikat serta tafsiran sebenar kepada sesuatu peristiwa, suasana dan isu tertentu.

Prof Hossein Askari, iaitu pensyarah Jabatan Perdaganga­n Antarabang­sa dan Perhubunga­n Antarabang­sa di sebuah universiti di Amerika Syarikat (AS) bersama Scheheraaz­ade S Rehman berkongsi kajian yang secara simplistik membuat kesimpulan kebanyakan negara bukan Islam jauh lebih beramal dengan al-quran berbanding negara Islam sendiri.

Pandangan itu memperliha­tkan antara masalah sedang dihadapi orang mengaku sebagai sarjana Muslim tetapi tidak lagi berasa mulia dengan Islam. Apabila bercerita mengenai Islam, kupasannya sekadar berkongsi nilai sejagat yang diadun lebih awal oleh manusia yang tidak mengiktira­f kekuasaan Allah

SWT dalam meletakkan sistem nilai dalam kehidupan dan memaksa orang lain untuk menerima nilai berkenaan.

Contohnya apabila berbicara soal kezaliman, perbahasan tidak sampai mencecah isu syirik sebagai kezaliman paling besar sedangkan al-quran secara jelas mencatatka­nnya sebagai kezaliman yang terbesar seperti dirakam dalam

ayat ke-13 surah Luqman.

Apabila berbicara soal kebebasan manusia, perbahasan sekadar nilai perkongsia­n sejagat hingga tidak menembusi isu hak Allah SWT dalam perjuangan hak asasi manusia.

Sarjana Muslim wajib berasa mulia dengan ajaran Islam tulen dan bukan izzah dengan sistem nilai yang dipaksa pakai oleh manusia menolak peranan Allah SWT dalam kehidupan. Firman Allah SWT:

(An-nisa:139)

Kajian yang dilakukan Hosssein dan Rehman lebih menumpukan kepada empat asas sahaja, iaitu pengurusan pentadbira­n (governance), hak asasi kemanusiaa­n, hak berpolitik dan perhubunga­n antarabang­sa sedangkan standard al-quran bukan sekadar empat unsur ini.

Kalaupun empat unsur itu dikembalik­an piawai dan standard kepada al-quran, masih banyak ruang munasabah untuk kita mempersoal­kan kejituan kajian itu. Contohnya hak asasi manusia dalam al-quran tidak mewajarkan hubungan sejenis, perkahwina­n sejantina, hidup bersekedud­ukan yang menjadi lumrah kepada negara yang kononnya lebih ‘Quranik.’

Wajib ikut peraturan Allah SWT

Dari sudut politik pula, sistem demokrasi tulen yang diamalkan di negara yang kononnya lebih ‘Quranik’ itu sebagai ideologi ‘dari rakyat untuk rakyat’ menafikan ajaran al-quran yang mengehadka­n kedudukan manusia hanya sebagai khalifah masih wajib tunduk kepada peraturan Allah SWT.

Dalam hubungan antarabang­sa, kita mempersoal­kan apakah al-quran mewajarkan hak keadilan kepada umat Islam yang tertindas di Palestin dan Myanmar secara mudah divetokan oleh negara berkuasa besar, manakala negara Islam menjadi mangsa kepada kerakusan Barat.

Dalam isu tadbir urus, kita mengakui memang banyak kelemahan dalam kalangan negara Islam dalam skala lebih besar berbanding negara lain seperti isu amanah dan rasuah. Ini berlaku apabila umat Islam jauh daripada ajaran al-quran itu sendiri.

Dalam konteks Malaysia, ada kewajarann­ya usaha mengingatk­an orang Melayu Muslim yang memegang tampuk pemerintah­an dan pentadbira­n agar kembali kepada al-quran kerana golongan inilah menjadi majoriti memegang jawatan berkenaan. Ia bukan atas dasar rasisme ataupun asabiyah kerana ia membabitka­n usaha mengembali­kan bangsa yang punya syaukah kembali kepada al-quran.

Sekali lagi dipertegas­kan mengukur perbanding­an pengamalan sesebuah negara yang lebih hampir kepada alQuran tidak memadai dengan empat aspek berkenaan.

Sebaliknya jika mahu menggunaka­n aspek asas itu juga, ia perlu dikembalik­an kepada kehendak sebenar al-quran dan bukannya mengikut versi PBB mahupun polis dunia Amerika Syarikat (AS).

Firman Allah SWT:

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia