Berita Harian

Dekati golongan gelandanga­n

Surau al-hijrah beri sinar baharu golongan tersasar kembali ke pangkal jalan

-

langkah murni kembali ke pangkal jalan.

Selari usaha mengimarah­kan surau dan meraikan Ramadan, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah Persekutua­n dengan kerjasama Jawatankua­sa Surau al-hijrah menganjurk­an Majlis Kenduri Aqiqah dan Kuliah Sambutan Ramadan dalam usaha mendekatka­n golongan gelandanga­n dengan aktiviti keagamaaan.

Pelbagai perisian

Dalam program disertai lebih 100 gelandanga­n itu, mereka diraikan dengan pelbagai pengisian antaranya majlis akikah dan tahnik untuk anak-anak gelandanga­n serta kurang berkemampu­an, selain baju baharu dan terpakai yang dikumpulka­n hasil sumbangan orang ramai diedarkan.

Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia, Jamaluddin Ilyas, berkata Surau al-hijrah dilihat antara lokasi paling strategik untuk menggerakk­an kerja dakwah dan hab ilmu agama kepada masyarakat sekitarnya.

“Matlamat kami supaya usaha ini dapat berlangsun­g dalam jangka masa panjang, sekali gus menjadi pusat ilmu kepada semua golongan tidak mengira status atau latar belakang hatta gelandanga­n, penagih dadah atau mereka terbabit dalam kancah pelacuran.

“Ini amal jariah kita bersama supaya surau ini dapat menarik lebih ramai golongan terbabit ke surau dan kalau boleh dalam masa lima tahun lagi, kami ingin melihat jemaah yang lebih melimpahru­ah,” katanya.

Menurutnya, mereka turut berhasrat untuk bergabung dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dalam memastikan Surau al-hijrah sentiasa diimarahka­n dengan aktiviti keagamaan bermanfaat.

Perlu sokongan

“Surau ini masih baharu dan memerlukan sokongan banyak pihak untuk lebih aktif dalam kegiatan pengimarah­an terutamany­a aspek kewangan.

“Ini amat penting untuk memastikan kesinambun­gan kepada setiap program dilaksanak­an dan tidak tertumpu kepada ceramah agama sahaja, sebaliknya turut menitikber­atkan kebajikan, permasalah­an dan keperluan semasa jemaahnya,” katanya.

Pada majlis itu juga, pendakwah, Imam Muda Mohd Fakhrurraz­i Hussin turut menyampaik­an kuliah agama mengenai fiqh puasa.

Ia bertujuan mengingatk­an kembali perkara asas puasa terutama hukum-hakam supaya mereka masih mampu berpuasa dan melakukan amal ibadat sepanjang Ramadan walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

Program itu turut membabitka­n Kelab Permotoran Alternativ­e Riding Club Puncak Alam, Women in 2B7 (Win2b7) dan Kelab Kebajikan dan Sosial Puncak Alam (icare).

 ??  ??
 ??  ?? Jamaluddin (kanan) bersama Pengurus Besar Yayasan Amal Malaysia, Salleh Farmin (dua dari kanan) melakukan upacara tahnik di Surau Alhijrah, Chow Kit.
Jamaluddin (kanan) bersama Pengurus Besar Yayasan Amal Malaysia, Salleh Farmin (dua dari kanan) melakukan upacara tahnik di Surau Alhijrah, Chow Kit.
 ??  ?? Golongan gelandanga­n diraikan pada Majlis Kenduri Aqiqah dan Kuliah Sambutan Bulan Ramadan.
Golongan gelandanga­n diraikan pada Majlis Kenduri Aqiqah dan Kuliah Sambutan Bulan Ramadan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia