Berita Harian

‘Orang luar jangan kacau’

Mengaku dalam proses pulihkan hubungan dengan isteri, Sharnaaz beri keutamaan kepada anak

- Oleh Feride Hikmet Atak

Sejak khabar angin keretakan rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan isteri, Noor Nabila Mohd Noor, heboh diperkatak­an Februari lalu, pelbagai spekulasi timbul mengenai pasangan itu.

Namun, baik Sharnaaz mahu pun Nabila masing-masing mengunci mulut mengenai status perhubunga­n mereka. Peminat tidak henti-henti berdoa supaya hubungan mereka dijauhi musibah, apatah lagi sejak kelahiran putera sulung yang comel, Jebat Jayden Ahmad, berusia lapan bulan.

Lama tidak berkongsi foto bersama di laman sosial, awal bulan ini, Nabila tiba-tiba memuat naik rakaman video memaparkan Jebat menyebut ‘baba’ sambil kedengaran suara Sharnaaz bermain dengan anaknya itu.

Hikmah dugaan

Sepantas kilat, peminat meluahkan rasa syukur dan gembira melihat petanda semuanya baik-baik sahaja antara Nabila dan Sharnaaz, apatah lagi ketika itu, Ramadan menjelang tiba.

Bertemu Sharnaaz pada majlis berbuka puasa dan sumbangan duit raya Megapine (M) Sdn Bhd di sebuah hotel di Putrajaya, barubaru ini, dia mengaku sedang dalam proses memulihkan hubungan dengan isteri.

Bintang filem Sindiket itu memberitah­u, masalah jangkitan saluran kencing (UTI) yang dialami Jebat dianggap aturan Allah SWT untuk menjadikan mereka lebih dekat.

Apa yang terjadi, kami cuba selesaikan sebagai satu entiti keluarga. Cuma saya berharap tiada campur tangan luar yang boleh mengeruhka­n lagi keadaan. Kami cuba memperbaik­i diri untuk menggalas peranan masing-masing”

“Kami sedang dalam pemulihan akhlak... Saya reda dan terima. Mungkin Allah susun, masalah kesihatan anak mungkin perancanga­nnya sebagai pengikat.

“Keutamaan sekarang adalah satu sahaja iaitu Jebat.

“Bagilah 1,000 Nabila pun, saya cuma ada satu Jebat. Saya akan bersama anak saya sampai bila-bila. Nabila dan saya masing-masing tidak sempurna. Kita tak tahu lagi kesudahan itu bagaimana,” katanya.

Tambah Sharnaaz, dia tidak menghebahk­an penyakit yang dialami Jebat kerana menyifatka­n ramai anak kecil lain yang mengalami masalah kesihatan lebih teruk.

“Apabila doktor beritahu anak saya dijangkiti UTI, kami tidak pasti mengenai penyakit itu.

“Semestinya saya sedih melihat dia lemah. Cuma saya tidak berkongsi kepada umum. Ini kerana saya percaya ada kanak-kanak berdepan penyakit yang lebih teruk dan memerlukan perhatian umum,” katanya.

Cadang harga siling artis

Terus bercerita mengenai gosip rumah tangga, Sharnaaz berharap proses pemulihan antaranya dengan isteri tidak diganggu campur tangan pihak luar.

“Apa yang terjadi, kami cuba selesaikan sebagai satu entiti keluarga.

“Cuma saya berharap tiada campur tangan luar yang boleh mengeruhka­n lagi keadaan. Kami cuba memperbaik­i diri untuk menggalas peranan masingmasi­ng,” katanya.

Sharnaaz atau nama penuhnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 34, dan Nabila, 34, berkahwin pada 31 Mac 2017. Mereka dikurniaka­n anak sulung pada 30 Ogos tahun lalu.

Mengulas mengenai karier lakonan, sebagai senior, Sharnaaz terkilan ramai pelakon merendahka­n kadar bayaran sehingga seolaholah bakat dan hasil kerja sudah tiada nilai.

Tidak kira pelakon lama atau baharu, Sharnaaz mendakwa, ada pelakon sanggup mengikut rentak penerbit yang meletakkan bajet amat rendah.

“Bayangkan, jika nilai seseorang pelakon RM10,000, mereka sanggup merendahka­n gred diri kepada RM5,000.

“Jika saya mengurangk­an sedikit harga daripada orang lain yang bersetuju untuk terima bayaran yang jauh lebih rendah, semesti saya tidak akan diambil.

“Apa yang berlaku ini tidak adil bagi pelakon lain yang berusaha keras dalam industri seni tempatan. Lebih-lebih lagi pelakon yang sememangny­a jiwa mereka hanya kepada bidang ini,” katanya.

Sharnaaz berkata, perkara itu membuatkan pelakon lain yang menjadikan kerjaya lakonan sebagai sumber pendapatan utama terpaksa reda.

Tambahnya, sudah tiba masanya artis membuat penetapan harga syiling dalam kerjaya supaya kebajikan mereka terbela.

Kurus sebab berbasikal

Melihat susuk tubuhnya yang semakin kurus berbanding sado sebelum ini, Sharnaaz mengaku berat badannya susut sehingga 10 kilogram (kg).

Sharnaaz berkata, dia tidak tahu punca berat badannya susut. Dia mengandaik­an aktiviti berbasikal bersama rakan menjadi salah satu faktor keadaan itu.

“Saya tak tahu kenapa. Saya makan macam biasa... Tak diet pun. Mungkin saya kurang tidur selain aktif berbasikal. Sejak awal tahun ini, berat saya dari 88 kg susut 10 kg,” ujarnya.

Ditanya mengenai perniagaan Sambal Hitam Kurang Ajaq yang diusahakan­nya, Sharnaaz tidak menyangka perniagaan itu mendapat sambutan baik.

Menurut Sharnaaz, ramai orang tidak menyangka kehebatann­ya dalam memasak.

“Anda ingat saya tidak boleh memasak ke? Ketika mula berniaga, sambal yang diniagakan dimasak sendiri. Cuma, apabila permintaan semakin meningkat, saya tak mampu masak dalam kuantiti besar.

“Saya terpaksa menggunaka­n perkhidmat­an daripada pengilang. Dalam soal kebersihan, ia lebih terjamin,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Kesihatan Jebat menjadi keutamaan Sharnaaz sekarang.
Kesihatan Jebat menjadi keutamaan Sharnaaz sekarang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia