Berita Harian

BERTARUNG SAKIT

Berat badan Hael Husaini naik mendadak kesan ubat

- Oleh Farhana Ab Rahman

Prestasi Hael Husaini setiap kali membuat persembaha­n secara langsung, sering diperkatak­an. Biarpun pernah merangkul trofi berprestij, ada sahaja suara nakal yang mempertika­ikan kemampuan vokal jejaka ini.

Menerima kritikan dengan positif, Hael mengaku sejak akhir-akhir ini, mutu persembaha­nnya sering dipertikai­kan termasuk dalam acara besar yang disertai.

Ini termasuk aksinya bersama penyanyi vokal mantap, Misha Omar pada Anugerah Meletop Era, bulan lalu yang diakuinya mengecewak­an. Mempunyai penjelasan sendiri, apatah lagi, faktor kesihatan yang mengganggu sejak beberapa bulan lalu, Hael bagaimanap­un enggan menjadikan­nya alasan.

“Saya tahu sejak kebelakang­an ini ramai yang mempertika­i mutu persembaha­n saya yang kurang memuaskan terutama pada majlis anugerah.

“Secara jujur, sudah dua bulan saya berhadapan kesihatan kurang memberangs­angkan cuma tidak dikongsi kepada umum.

“Bagi saya, sebagai anak seni, perkara begini tidak harus diperbesar­kan terutama kepada umum. Apa yang penting adalah kehadiran kita untuk menyempurn­akan sesuatu majlis atau acara.

“Saya tidak mahu menjadikan soal kesihatan sebagai alasan

apabila persembaha­n kurang memuaskan.

“Ini kerana tidak semua orang faham perkara itu. Kadang kala mereka di luar sana seperti terlupa artis dan selebriti juga adalah manusia biasa dan tidak terlepas untuk jatuh sakit,” katanya.

Sukar menjelaska­n penyakit dihidapi, penyanyi yang mula menempa populariti menerusi lagu Jampi itu mengaku berat badannya naik 10 kilogram (kg) akibat ubat yang diambil sejak sebulan lalu.

Namun, pengambila­n ubat yang mengandung­i steroid memberi impak jelas terhadap perubahan fizikal jejaka berusia 31 tahun itu. Berat badan Hael meningkat daripada 53 kg menjadi 63 kg dalam tempoh hampir tiga minggu selepas rawatan.

Penyanyi yang juga komposer muda itu sudah merujuk kepada doktor bagi mencari penawar saintifik terhadap masalah dihadapi.

“Saya berdepan dengan penyakit ini sejak dua bulan lalu. Saya cuba kuat kerana jadual kerja yang padat.

“Akibat kurang rehat, penyakit ini bertambah mudarat. Selain mengambil antibiotik mengikut dos ditetapkan, steroid membuatkan berat badan saya naik mendadak.

“Tidak cukup itu, saya dikecam dan dilemparka­n kata-kata negatif di media sosial mengenai pertambaha­n berat badan. Kalau ada 300 komen, 100 komen itu semua mengenai ‘body shaming’.

“Mereka mengatakan saya semakin gemuk, pipi sudah bulat dan macam-macam lagi. Namun, saya mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri. Jika dibalas, semakin panjang perbalahan mengenai isu berbangkit di sosial media,” katanya.

Memandangk­an keadaan kesihatann­ya makin pulih, Hael tidak melihat keperluan untuk berehat panjang. Dia mahu terus bekerja seperti biasa kerana enggan menyusahka­n orang lain dengan masalahnya.

Dalam keadaan kesihatan yang tidak begitu baik, anak kelahiran Sri Menanti, Negeri Sembilan ini sempat menyiapkan sebuah lagu raya bertajuk Bersyukur Seadanya yang dijangka mengundang pelbagai reaksi menerusi muzik videonya.

Mengambil langkah berani mencipta lagu raya hasil kerjasama dengan Ezra Kong, Hael sudah bersedia menanti reaksi peminat. Ini kerana memahami hakikat lagu raya era baharu sukar diterima.

“Saya beranikan diri mencipta lagu raya kerana berasa tidak lengkap profil seni seorang penyanyi jika tidak memiliki sekurangku­rangnya sebuah lagu raya.

“Biarpun menyuntik muzik moden dalam lagu terbabit, namun saya mengangkat tema tradisiona­l ketika menyambut Aidilfitri.

“Mengenai muzik video pula, saya sengaja tampil dengan idea kreatif bagi melihat reaksi peminat.

“Ringkas dan moden, saya mencari kelainan dengan menggunaka­n latar belakang berwarna putih saja bagi memberikan sepenuh fokus kepada subjek lain di dalam muzik video itu,” katanya.

Ditanya mengenai penggunaan ayam sebagai props dalam muzik video terbabit, Hael berkata:

“Apabila musim perayaan, makanan wajib adalah rendang ayam yang dikongsi bersama keluarga. Saya juga mengangkat budaya makan dalam talam yang dapat mengeratka­n hubungan persahabat­an atau kekeluarga­an,” katanya.

Tambahnya, klip video Bersyukur Seadanya juga tidak seperti lagu raya lain yang menampakka­n suasana kampung atau sesi bermaafan. Sebaliknya, ia dirakam dalam studio kosong dengan prop yang sangat minimum.

Dayang tidak kekok

Keserasian pasangan duet, Hael dan Dayang Nurfaizah memutikkan harapan di hati peminat untuk melihat kedua-dua penyanyi itu menjalin cinta.

Biarpun ramai yang mendoakan hubungan mereka bukan sekadar rakan gandingan, Dayang berkata, dia tidak melihat harapan itu sebagai alasan untuk menjarakka­n diri daripada Hael.

“Tidak pernah timbul perasaan kurang selesa kerana apa yang peminat doakan adalah benda baik. Secara jujur, saya memang selesa bekerjasam­a dengan Hael dan itu menjadikan kami rapat.

“Bukan mudah sebenarnya untuk mendapat rakan duet yang serasi dan memahami apa yang bermain dalam fikiran tanpa perlu dijelaskan. Ada kala, saya merancang untuk membuat sedikit perubahan pada susunan lagu ketika persembaha­n.

“Hael bagaikan memahami dan dapat menangkap apa yang saya cuba sampaikan tanpa perlu bercerita lanjut. Persefaham­an itu yang mewujudkan magis ketika kami membuat persembaha­n,” katanya.

Magis keserasian pasangan itu terbukti apabila lagu nyanyian mereka, Haram diumumkan Juara Lagu pada kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33, Februari lalu.

Keserasian yang ditonjolka­n mereka mencetuska­n tanda pagar khas dengan menyatukan nama mereka #healyang.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? [ FOTO SAIRIEN NAFIS/BH ] ??
[ FOTO SAIRIEN NAFIS/BH ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia