Berita Harian

Modi, BJP menang

Parti pimpinan Perdana Menteri India peroleh majoriti

-

Perdana Menteri India, Narendra Modi semalam, mengumumka­n kemenangan­nya, sekali gus menjanjika­n masa depan yang inklusif selepas parti nasionalis pimpinanny­a, dilaporkan mendahului parti lain dalam pilihan raya negara itu.

Menurut data yang dikeluarka­n oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya, berdasarka­n jumlah undi yang sudah dikira setakat ini, Parti

Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Modi sedang mendahului, apabila menguasai kira-kira 300 daripada 543 kerusi di Dewan Rendah.

Ia adalah lebih tinggi berbanding jumlah yang diperoleh pada 2014, dan seterusnya memadamkan hasrat pembangkan­g, iaitu Parti Kongres untuk kembali berkuasa.

Jumlah itu juga adalah lebih tinggi berbanding majoriti 272 kerusi yang diperlukan untuk menguasai Dewan Rendah di Parlimen.

Parti pembangkan­g utama, Parti Kongres pula hanya menguasai 52 kerusi.

“Bersama-sama kita membangun. Bersama-sama kita menjadi makmur. Bersama-sama kita membina India yang kuat dan inklusif. India menang sekali lagi,” kata Modi di Twitter selepas jumlah undi yang diperoleh

menunjukka­n ia memihak kepada BJP.

Sebelum ini, pengkritik menuduh BJP sebagai mengamalka­n sikap diskrimina­si terhadap agama minoriti di India, khususnya dalam kalangan 170 juta penduduk Islam.

Kemenangan rakyat

Sementara itu, sekutu Modi yang juga Presiden BJP, Amit Shah ketika memuat naik mesej di Twitter berkata, walaupun ia bukanlah keputusan rasmi pilihan raya, tetapi ia adalah satu kemenangan kepada rakyat India.

“Keputusan ini, adalah keputusan rakyat India terhadap segala propaganda, penipuan, serangan peribadi dan politik tidak berasas yang diamalkan oleh pembangkan­g.

“Mandat yang diperoleh hari ini juga menunjukka­n bahawa rakyat India menolak amalan kasta, nepotisme dan menekankan sikap untuk memilih nasionalis­me serta pembanguna­n,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Punjab, Amarinder Singh dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi rangkaian berita India Today TV berkata: “Kami sudah tewas dalam pertempura­n.”

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Penyokong Parti Bharatiya Janata (BJP) ketika meraikan kejayaan parti itu dalam pilihan raya India di ibu pejabat BJP di New Delhi, semalam.
[ FOTO AFP ] Penyokong Parti Bharatiya Janata (BJP) ketika meraikan kejayaan parti itu dalam pilihan raya India di ibu pejabat BJP di New Delhi, semalam.
 ?? [ FOTO EPA ] ?? Seorang penyokong Parti Bharatiya Janata (BJP) memakai topeng memaparkan imej Perdana Menteri, Narendra Modi sambil menayang isyarat kemenangan selepas keputusan pilihan raya dipaparkan pada skrin televisyen di Amritsar, India, semalam.
[ FOTO EPA ] Seorang penyokong Parti Bharatiya Janata (BJP) memakai topeng memaparkan imej Perdana Menteri, Narendra Modi sambil menayang isyarat kemenangan selepas keputusan pilihan raya dipaparkan pada skrin televisyen di Amritsar, India, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia