Berita Harian

Tentera tingkat kawalan

Prabowo Subianto ada tempoh sehingga pagi iniuntuk kemuka rayuan

-

Jakarta

Pbertempur dengan anggota polis selepas mereka mengadakan protes membantah kemenangan yang diraih Presiden Joko Widodo atau Jokowi.

Keganasan itu diselubung­i tuduhan dari pencabar Jokowi, iaitu Prabowo Subianto, yang juga seorang jeneral bersara, bahawa pilihan raya yang berlangsun­g pada 17 April lalu adalah satu penipuan.

Bagaimanap­un, pegawai pilihan raya dan penganalis­is menolak tuduhan Subianto berkenaan.

Suruhanjay­a Pilihan Raya Indonesia pada Selasa lalu, mengesahka­n kemenangan Jokowi, sekali gus menewaskan Subianto. Subianto mempunyai tempoh sehingga awal pagi ini, untuk mengemukak­an permohonan rayuan di Mahkamah Perlembaga­an.

Minta penyokong bertenang

Pada masa sama, Jeneral berusia 67 tahun turut merayu semua penyokongn­ya supaya bertenang dan berkata, beliau akan meneruskan usaha mencabar keputusan mengikut saluran perundanga­n.

Calon presiden itu turut berbuat demikian selepas tewas kepada Jokowi dalam pilihan raya pada 2014, tetapi keputusan mahkamah tidak memihak kepadanya.

Dalam pada itu, kebanyakan jalan raya di bandar raya ini, dilaporkan lengang, namun anggota polis dan tentera terus meningkatk­an kawalan di ibu negara Indonesia itu, termasuk di kawasan berhampira­n bangunan Agensi Pengawasan Pilihan Raya (BAWASLU), selain di istana presiden.

Ia berikutan kebimbanga­n berlakunya rusuhan di sekitar kawasan terbabit.

Setakat ini, hampir 60,000 kakitangan keselamata­n sudah ditempatka­n di kawasan terbabit, iaitu hampir dua kali ganda berbanding sebelumnya, selepas Jokowi berikrar, bahawa beliau tidak lagi akan bertolak ansur dengan perusuh.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Anggota polis daripada briged bergerak (Brimob) meninggalk­an lokasi demonstras­i susulan rusuhan di luar pekarangan ibu pejabat Agensi Pengawasan Pilihan Raya (BAWASLU) di Jakarta, Indonesia, semalam.
[ FOTO REUTERS ] Anggota polis daripada briged bergerak (Brimob) meninggalk­an lokasi demonstras­i susulan rusuhan di luar pekarangan ibu pejabat Agensi Pengawasan Pilihan Raya (BAWASLU) di Jakarta, Indonesia, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia