Berita Harian

INTERPOL tumpas laman pedofilia

-

Lyon (Perancis): Polis antarabang­sa Interpol semalam, mengesahka­n penahanan sembilan individu di Thailand, Australia dan Amerika Syarikat selepas berjaya menumpaska­n jaringan pedofilia, sekali gus menyelamat­kan 50 kanak-kanak.

Lebih banyak penahanan dijangka dibuat di hampir 60 negara susulan siasatan polis antarabang­sa (INTERPOL), menerusi operasi dilancarka­n dua tahun lalu ke atas laman web gelap yang dilayari 60,000 pengguna seluruh dunia.

Pada masa sama, polis turut berusaha mengenal pasti tambahan 100 imej yang dikongsi di internet.

Menurut INTERPOL, Operasi ‘Blackwrist’ dimulakan selepas penemuan bahan langganan sebuah laman web gelap yang membolehka­n orang ramai menggunaka­n perisian sulit untuk melindungi diri.

Laman web gelap tidak boleh ditemui menerusi enjin carian dan pengguna perlu memiliki alamat spesifik untuk melayari kandungan yang ada.

INTERPOL menerima bantuan daripada agensi seluruh dunia, termasuk Jabatan Siasatan Keselamata­n Dalam Negeri Amerika Syarikat (HSI), bagi mengesan alamat protokol internet (IP) laman itu, yang menerima ratusan foto dan video lucah setiap minggu.

Pengendali utama diberkas

Penahanan pertama dibuat pada awal 2018, apabila pengendali utama laman berkenaan, Montri Salangam diberkas di Thailand, manakala seorang lagi pengendali, Ruecha Tokputza ditahan di Australia.

Antara mangsa Salangam adalah anak saudara lelaki sendiri dan beliau dijatuhi hukuman penjara 146 tahun oleh mahkamahth­ailandpada­juntahunla­lu,manakala rakan subahatnya, seorang guru pra sekolah dipenjara selama 36 tahun.

Tokputza pula menerima hukuman penjara selama 40 tahun ketika dibicaraka­n di Australia Jumaat lalu, iaitu perbicaraa­n terpanjang membabitka­n jenayah seksual kanak-kanak di negara itu.

Associated Press Australia melaporkan, Tokputza, 31, mengaku salah atas 50 tuduhan penderaan seksual 11 bayi dan seorang kanak-kanak berusia 15 bulan antara 2011 hingga 2018.

“Anda adalah mimpi ngeri setiap kanakkanak, punca ketakutan semua ibu bapa dan pengkhiana­t masyarakat,” kata Hakim Liesl Chapman di Adelaide.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia